"Dropship", Satu istilah baharu buat mereka yang masih lagi baru berjinak-jinak dengan perniagaan online. Bagi yang baru pertama kali mendengar istilah "Dropship", secara ringkasnya, Dropship adalah kaedah yang membolehkan sesiapa menjual produk fizikal pada harga borong tanpa perlu menyimpan stok untuk produk tersebut.
Sekiranya berlaku tempahan, pembekal yang menyediakan khidmat Dropship ini akan menghantar terus tempahan kepada pembeli.
KAEDAH DROPSHIP;
1-Dropship adalah memerlukan anda mempromosi barang tersebut dilaman sosial,laman-laman pengiklanan dan sebagainya.
2-Sesuatu yang menarik, anda tidak perlu beli stok ataupun menyimpan stok. Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut, iklankan.
3-Bila anda dapat tempahan, anda hanya perlu hubungi supplier produk tersebut dan supplier itu sendiri yang akan menghantarkan untuk anda.
4-Sebut pula pasal harga, anda jual produk tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar supplier tersebut dengan harga agent. Menarik bukan?
Anda lihat gambar diatas bagaimana kaedah dropship :
1. Promosi produk di mana-mana sahaja(yang sesuai)
2. Pembeli membeli produk tersebut dengan anda
3. Pembeli bayar anda dengan harga pasaran
4. Anda sebagai agent/orang tengah membayar pembekal/supplier dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran/harga agent.
5. Pembekal akan menghantar produk tersebut pada pelanggan anda.