04 Mei 2014

[CYMK - Silk Screen Printing]


Percetakan Silk Screen CMYK ialah melibatkan penggunaan warna dye Cyan, Magenta, Yellow and Black. Ia dilakukan dengan pemisahan warna untuk mencetak reka bentuk berwarna penuh. 



Grafik akan dipisahkan terlebih dahulu kepada kombinasi warna asas CMYK (Color Separation) dan  begitu juga jumlah dengan stensil untuk setiap warna akan dibuat. 



Untuk menghasilkan kaedah cetakan ini, ia menggunakan screen halftones dan lapisan warna CYMK dicetak satu persatu . 




Walau bagaimanapun, disebabkan oleh keperluan untuk halftones, cetakan silk screen jenis CMYK tidak sesuai untuk cetakan warna "Solid" dan sesetengah cetakan yang memerlukan perincian yang sangat tinggi.

03 Mei 2014

[DIY-UV Exposure Box]

Lampu "UV Exposure box" atau Lampu Pendedahan UV menggunakan lampu UV pendarfluor. 



Kelebihan;

Tempoh pendedahan keatas Screen cuma mengambil masa antara 2 hingga 2.5 minit dari jarak 6 inci dari lampu.

Penggunaan lampu UV meningkatkan kecekapan masa berkerja atau dengan erti kata lain mengurangkan masa menunggu berbanding dengan penggunaan lampu pendedahan lain.

Dengan unit lampu Pendedahan UV percetakan skrin ini, ia mampu untuk membakar imej diatas screen dengan kualiti yang lebih tinggi berbanding lampu biasa.