18 Disember 2014

Tshirt Murah | Tshirt Murah Johor

Salam hormat Semua, Apa khabar? Rasanya terlalu lama saya tak buat post di blog ini.

Ingat kami lagi tak? Semoga anda semua dalam keadaan sihat dan dikurniakan rezeki yang tak diduga.

Untuk Ibu-ibu & bapa-bapa Mungkin cuti sekolah ni rihat sikit kot sebab tak perlu terkejar-kejar untuk ambik anak disekolah. Mungkin ada yang pening sikit sebab dah tiba masa nak beli peralatan dan buku-uku sekolah.Tapi tak mengapalah itu sebagian dari tanggung jawab kita. Nanti Allah S.W.T akan gantikan dengan yang lebih baik. Yang penting asalkan anda sihat, keluarga sihat, kewangan pun sihat... Alhamdulillah. Syukur....


Untuk Ibu-Ibu mungkin agak pening sikit sebab Anak-Anak tak bersekolah, banyaklah baju yang nak kena basuh, lepas basuh, nak kena sidai, pas tu kena lipat pulak. Bab Lipat ni yang mencabar sikit kan ibu - ibu..

Hari ni Kami nak belanja anda cara lipat Baju Kurang dari 5 Saat, So Ibu-ibu boleh ajar anak-anak bujang dan anak-anak dara cara nak lipat baju mudah dalam cara yang menyeronokan..Selamat mencuba



Cuti sekolah ni kami pun agak sibuk sikit dengan tempahan-tempahan yang baharu terutama Baju I AM, dan T-shirt Murah Rm 9.90 yang sentiasa mendapat tempat dihati pelangaan di Johor dan seluruh Malaysia...Alhamdulillah. Syukur....

T-shirt Murah Johor


Nak tempah tshirt ? Hubungi @ WhatApps Nombor 0197209432 atau tinggalkan messages di: www.facebook.com/tprintrepublic

Nak Tempah Tshirt Murah serendah RM9.90? :
http://www.tprintrepublic.com/

Nak dapatkan maklumat tentang bisnes printing Tshirt:
www.tprintrepublic.com


[T-SHIRT I AM LAGI ]

Kami tak putus-putus menerima tempahan T-shirt I AM ini, Antara yang menarik perhatian adalah yang ini.

Tshirt I AM - Gold Color Font | Order Dari Orang Melaka..
Jumlah...26 Helai,
Jenis Tshirt: Short sleeve | Multiple Color



[SILKSCREEN PRINTING ]

Tshirt printing menggunakan kaeadah silkscreen pada harga Budget.

Printing Area:
- Depan A5 | 1 Color Printing | 2 Stroke
- Belakang A3 | 1 Color Printing | 2 Stroke
- Jenis Tshirt : Oren Sport Black | Quick Dry
- Customer : Student SMKSSAJ Kluang
- Jumlah : 10 Helai.



[Sulaman | Embroidery ]

Sulaman keatas Tuala - Annual Dinner 2014

SULAMAN :
- Depan | Proportions 4.5" × 5"
- Belakang A5 | 3 Color Threads - Blue, Grey, Black
- Jenis Tuala: 30" × 60" | 100% Cotton | Oren Sport
- Warna Pilihan : LT. GREEN, PINK, YELLOW, LT. BLUE, ORANGE
- Packaging : PVC Box.
- Customer : Sun Ace | Kluang
- Pilihan Font | Design: Customer
- Jumlah : 105 Helai.





[RUBBER DIE SILKSCREEN PRINTING ]

T-shirt printing untuk Family Members

Printing Area:
- Depan A5 | 1 Color Printing
- Belakang A5 | 1 Color Printing
- Jenis Tshirt : Quick Dry | Muslimah | Round Neck - Oren Sport
- Customer : Cik Nur | Kluang
- Pilihan Font | Design: Customer
- Jumlah : 10 Helai.





[SILKSCREEN PRINTING ]

Tshirt printing menggunakan kaeadah silkscreen keatas kain quick dry.

Printing Area:
- Depan A3 | 1 Color Printing | 2 Stroke
- Belakang A5 | 1 Color Prtiting
- Jenis Tshirt : Oren Sport Quick Dry | Custom Made Tshirt
- Customer : JKR Daerah Kluang
- Artwork Design : Tprintrepublic
- Jumlah : 24 Helai.





[RUBBER DIE SILKSCREEN PRINTING ]

T-shirt printing untuk Annual Dinner Committee

Printing Area:
- Depan A3 | 1 Color Printing | 2 Stroke
- Belakang A5 | 2 Color Prtiting
- Jenis Tshirt : 100% 180gsm Oren Sport | Black
- Customer : Resmed Malaysia Sdn. Bhd
- Artwork | Design: Tprintrepublic
- Jumlah : 12 Helai.




Nak tempah tshirt ? Hubungi @ WhatApps Nombor 0197209432 atau tinggalkan messages di: www.facebook.com/tprintrepublic

Nak Tempah Tshirt Murah serendah RM9.90? :
http://www.tprintrepublic.com/

Nak dapatkan maklumat tentang bisnes printing Tshirt:
www.tprintrepublic.com

28 November 2014

Cetak Baju Murah | Printing Tshirt Murah RM 9.90

Salam Penuh Kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana sentiasa memberi ruang dan peluang kepada hambanya. Alhamdulilah 2 minggu yang benar benar mencabar diri saya. Dengan sedikit dugaan dariNYA telah memberi satu pengalaman baru buat saya.


Anyway... hidup mesti diteruskan, Aktiviti "Printing Tshirt Murah" dan "Baju I am Murah" tetap diteruskan walau apa keaadaan sekalipun. Kepada pelangan-pelangan yang bertanyakan tentang Printing Tshirt Murah dan Baju I AM Murah yang "Mungkin" kami terlepas response pada email dan Whatapps and harap maaf ya, Semenjak dua menjak ni memang sibuk sikit. Ada juga WhatApps - WhatApps Nakal yang masuk, kalau kami boleh layan-kami layan




Dalam banyak-banyak segment bisnes cetak baju ini, Ada 2 segment yang menjadi tumpuan kepada perniagaan Saya. Kenapa saya suka kepada 2 Bisnes Segment ini? Jawapan mudah dari saya adalah ia merupakan Nadi kepada perniagaan saya. 2 segment tersebut adalah Printing Tshirt Murah dan Baju I AM Murah

2 Segment Ini membolehkan kami berhubung dengan ramai pelanggan dari serata Malaysia termasuk Sabah dan Serawak. Berurusan dengan Pelbagai ragam & pelbagai peringkat umur manusia yang kebanyakannya saya langsung tidak Kenal. Apa susah, Pos Laju kan Ada...terima kasih kepada Poslaju Malaysia kerana sentiasa membuat penghantaran tepat pada masanya kepada pelanggan kami...



Ini pun adalah sebahagian dari Cabaran dalam Bisnes Printing Tshirt. Pada entri kali ni just nak berkongsi Order hasil kerja Kami. Jadi Jemputlah tengok - tengok Kalau ada yang Berkenan.


[Terima Kasih Abang Beca]

Projek terbaharu antara Tprintrepublic | KPBM | Kelab Pemilik Beca Melaka

Usaha sama yang terjalin dan baik sebelum ini, membawa kepada satu lagi projeck yang seterusnya. Projek Printing Tshirt untuk Program Jelajah 1 Malaysia , Kelab Pemilik Beca Melaka (KPBM). 


Melaka | Segamat | Gemas | Seremban | KL | Melaka

Jauh tu....boleh tercabut kepala lutut kalau saya yang mengayuh huhuhu, Kalau korang agak-agak sanggup Tak? Anyway memang respect dengan Otai-Otai beca ni...

Pada kali ni Kami cetak keatas 2 Warna Baju | Hijau & Kuning. Jumlah keseluruhan 101 Helai.

Dengar-Dengar lepas ni ada projek nak jelajah Utara pulak...insyallah ada job baru lagi.

Terima kasih, Daun keladi Dari kami.






[TSHIRT I AM]

Manakala Projek seterusnya adalah job untuk "Tshirt I AM

Tshirt I AM Lagi...13 Helai Dari student MSU

Nak tempah tshirt I AM? Hubungi @ WhatApps Nombor 0197209432 atau tinggalkan messages di: www.facebook.com/tprintrepublic
Khas yang tinggal di daerah Kluang dan kawasan Sekitarnya boleh datang terus ke Kedai Kami di Alamat;

Lot 466, No4 Jalan Haji Manan, 
86000 Kluang, 
Johor 

019-7209432







[SILKSCREEN PRINTING ]
Tshirt printing menggunakan kaeadah Solid color silkscreen printing. Apa yang best pasal baju ni adalah texture kain yang lembut @ knitting yang rapat memudahkan dan mempercepatkan kerja -kerja printing

Printing Area:
-Depan - A4 | 1 Color Printing.
-Belakang | A3 & 2 Colour Printing
Jenis Tshirt : Glidan Premium Cotton.
QTY : 20 Helai.


[TSHIRT I AM | MAGENTA]

Projek seterusnya adalah job untuk "Tshirt I AM" tapi untuk job ni customer nak Kotak  I AM tu warna Magenta.

Tshirt I AM Lagi...51 Helai order dari Sabah. Fuh jauhnya..Apa nak buat Rezeki Allah bagi ada dimana-mana..sekarang ni bukan mustahil lagi, Dunia tanpa sempadan katakan.

Nak tempah tshirt I AM? Hubungi @ WhatApps Nombor 0197209432 atau tinggalkan messages di: www.facebook.com/tprintrepublic


Maklumat Lanjut : Tshirt I Am Murah

Nak dapatkan maklumat tentang bisnes printing Tshirt:
www.tprintrepublic.com



[BUDGET SILKSCREEN PRINTING]

Tshirt printing menggunakan kaeadah silkscreen pada harga Budget.

Printing Area:
- Depan A4 | 1 Color Printing.
- Jenis Tshirt : Oren Sport Short Sleves | Long Sleeves | Muslimah.
- Customer : Port Dickson | Negeri Sembilan.
- QTY : 52 Helai.

Nak tempah tshirt ? Hubungi @ WhatApps Nombor 0197209432 atau tinggalkan messages di: www.facebook.com/tprintrepublic

Nak Tempah Tshirt Macam Ni: T-Shirt-Murah RM9.90

Nak dapatkan maklumat tentang bisnes printing Tshirt:
www.tprintrepublic.com



Khas yang tinggal di daerah Kluang dan kawasan Sekitarnya boleh datang terus ke Kedai Kami di Alamat;

Lot 466, No4 Jalan Haji Manan,
86000 Kluang,
Johor

019-7209432

17 November 2014

[Bisnes Printing Tshirt] - Cabaran Dalam Bisnes Printing Tshirt

Salam hormat dan Salam Sejahtera. 

Syukur kepada Allah SWT kerana memberikan ruang untuk menulis lagi. Enteri ini masih lagi ditulis atas katil hospital KPJ Pakar Utama Kluang di Katil 201-D, Tak ada apa2 nak buat, so idea tengah datang apa lagi. Ini adalah sambungan dari post yang terdahulu.

Cabaran Dalam Bisnes Printing Tshirt - Bahagian 1

Cabaran Dalam Bisnes Printing Tshirt - Bahagian 2


Selamat Membaca...

Cabaran Dalam Bisnes Printing Tshirt - Bahagian 3.


Membeli peralatan percetakan atau membuatnya sendiri (DIY) adalah satu daripada pekara yang mengujakan bagi sesetengah orang yang baru berjinak-jinak memulakan perniagaan printing T-shirt. Akan tetapi kegairahan ini menyebabkan anda kadang-kadang terlupa dan tidak bersedia dengan apa yang apa rintangan yang bakal anda hadapi ketika memulakan proses percetakan. Alah macam bercinta, segalanya nampak manis...hehehe


Mahu atau tidak Untuk memulakan perniagaan percetakkan tshirt, anda perlu untuk menyediakan atau membeli peralatan tertentu untuk memulakan percetakan pakaian seperti Heat Transfer Press, Plotter, Meja Mencetak, Exposure Unit, Flash Unit, Dryer, dakwat, Squeegees, spatula, Chemicals dan Wooden Screen & sedikit bekalan pakaian untum membuat sample.


Mungkin sebahagian dari anda pernah mengalami keadaan dimana setelah semua peralatan tersedia didepan mata, proses percetakan yang anda ingin mulakan mengalami satu demi satu cabaran. Pada ketika ini anda mula merasakan apa yang anda lakukan tidak semudah yang disangkakan dan mungkin atau ia tidak semudah sewaktu menjalani latihan bersama orang yang mengajar anda dalam bidang percetakan tshirt. Seterusnya dari hari ke sehari, Apa yang berlaku adalah, rasa kegairahan itu semakin menipis dan akhir sekali minat terhadap perniagaan itu sendiri semakin pudar dan mengambil keputusan singkat untuk berhenti terus dari perniagaan ini.Ini adalah masalah umum atau cabaran dalam bisnes yang dihadapi oleh ramai orang.

Akhir sekali, sebahagian peralatan anda menjadi "Gajah Putih" atau "Tukun" disudut kedai atau rumah dan akhirnya rosak. Tahniah!!! anda kini menjadi pengumpul peralatan percetakkan Tshirt. Dengan kegagalan merangka strategi pembelian peralatan percetakan dengan dengan baik menyebabkan Duit anda "Beku" atau tidak memberikan pulangan seperti mana yang diharapkan. Ini adalah salah satu punca anda kehilangan wang modal yang diperlukan untuk pekara yang lebih penting.

Mungkin anda pernah mengalami keadaan dimana setelah semua peralatan tersedia didepan mata, proses percetakan anda mengalami satu demi satu cabaran.

Anda merasakan ia tidak semudah sewaktu menjalani latihan bersama orang yang mengajar anda..betul? Apa yang berlaku adalah, Dari sehari ke sehari, rasa kegairahan itu semakin menipis dan akhir sekali minat terhadap perniagaan itu sendiri semakin pudar dan mengambil keputusan singkat untuk berhenti terus dari perniagaan ini dan melihat peluang perniagaan lain. Ini adalah masalah umum yang dihadapi oleh ramai orang dan Akhir sekali anda menjadi pengumpul peralatan percetakkan.

Pernah atau tidak anda terfikir kenapa ini berlaku? Apa yang ingin saya sentuh dalam Enteri "Cabaran dalam Bisnes Printing Tshirt"- Bahagian 3 ini adalah bagaimana permasalahan teknikal ini jika tidak ditangani dengan betul akan mempengaruhi kemajuan perniagaan dan memberikan Cabaran dalam Bisnes tshirt anda, Antara cabaran teknikal yang boleh saya nyatakan disini adalah seperti Pesekitaran, Cuaca, ruang, Kualiti bahan, Cara kerja, penyeragaman Proces, kualiti percetakan, Penggunaan peralatan, Pelarasan,Process penyediaan Art Work, Jangka hayat Alat ganti dan peralatan adalah antara pekara merupakan satu cabaran yang tidak boleh diambil mudah.

Dalam cabararan teknikal ada pekara yang berlaku itu boleh kita kawal dan ada pekara yang berlaku diluar kawalan kita . Dapat saya jelaskan disini,

Cabaran teknikal ini boleh dibahagi kepada 2 Kategori iaitu:
- Cabaran yang BOLEH dielakkan.
- Cabaran Yang TIDAK BOLEH dielakkan. 

Secara ringkasnya anda boleh rujuk gambarajah dibawah:



Dapat dirumuskan disini, Cabaran teknikal secara asasnya boleh dikawal dan ditangani dengan cara menetapkan atau meminimumkan keadaan tersebut.

Antara beberapa contoh mudah yang dapat saya berikan disini adalah;

1) Cabaran yang BOLEH dielakkan.

a) Ketiadaan standard masa yang tepat semasa melakukan screen emulsion exposure akan mengakibatkan emultion anda terlalu mudah tertanggal atau Susah untuk ditanggalkan.

b) Lakukan beberapa ujian masa "Exposure" bagi emulsion tersebut bagi mengenalpasti masa yang sesuai berdasarkan sais Artwork film A3,A4,B4 & B5.Sais dan jenis  film Artwork boleh mempengaruh masa "Exposure" keatas screen block anda.


c) Tetapkan masa dan buat "SOP" atau nota yang boleh dijadikan rujukan. Contoh:
- A3 -120 Saat
A4 - 90 Saat

d) Kawal masa  kotak "Exposure" anda menggunakan  "Timer" Automatik dan bukannya jam tangan atau stop watch. Ini bagi mengelakan anda terlupa menutup lampu kotak "Exposure" tepat pada masanya. HeHehe... dulu saya pun selalu terkena terutama bila tengah buat expose customer datang atau call. Jadi Yang terbaik gunakan auto timer.

e) Guna hanya satu jenis sahaja screen Emulsion yang anda rasakan bagus. Elakkan kerap bertukar screen emulsion kerana setiap jenis Emulsion memiliki masa  "Exposure" screen anda.


2) Cabaran Yang TIDAK BOLEH dielakkan.

a) Mentol dan Ballas / Choke yang anda gunakan lampu Fluorescent  akan mengalami sedikit demi sedikit kemerosotan nilai kecerahan atau rosak selari dengan watu dan jangkamasa penggunaan. Ini adalah satu pekara yang anda tidak boleh kawal kerana ia melibatkan jangka hayat peralatan.

b) Dari masa kesemasa perhatikan ada sebarang perubahan ketara keatas masa "Exposure" berbanding "SOP" anda. Cohtoh: Sebelum 90 Saat | Selepas 6 Bulan 100 Saat

c) Jika ada perubahan minima rekodkan perubahan tersebut dan gunakan sebagai rujukan terbaharu. Sebaliknya jika ada perubahan ketara Tukar Mentol atau Ballas |Choke Baharu.  
Contoh:
- A3 - 120 Saat 130 Saat
A4 - 90 Saat 100 Saat


d) Sekiranya anda ada modal lebih boleh beli Lux meter untuk mengukur tahap kecerahan peralatan Kotak "Exposure" anda dari masa kesemasa.



e) Lakukan penyelengaraan berkala seperti membersihkan habuk pada mentol contoh: 
- Pembersihan Mentol -1 Bulan. 
- Tahap Kecerahan - 3 Bulan
Tukar Mentol -1 Tahun.


Memahami cabaran dan penyelesaiannya adalah proses yang sangat penting apabila anda benar-benar ingin terlibat secara langsung dalam industri percetakkan tshirt ini kerana boleh memperbaiki kualiti produk. Mengetahui cabaran sebagai pencetak tshirt akan membantu anda bertindak dengan berkesan bagi mengenalpasti langkah-langkah kritikal yang boleh dkawal dan tidak boleh dikawal bagi memastikan hasil yang terbaik dalam bisnes percetakan Tshirt anda. 


Tunggu pada enteri saya pada masa akan datang. Banyak lagi yang saya bakal kongsikan. Kami doakan anda sentiasa sihat dan dimudahkan rezeki darai arah yang tidak disangka-sangka. Kalau anda terlepas Post kami yang terdahulu..

Cabaran Dalam Bisnes Printing Tshirt - Bahagian 1

Cabaran Dalam Bisnes Printing Tshirt - Bahagian 2



FB Page kami: Tprintrepublic



Kedai Kami:


TprintRepublic Apparel
LOT 466, No 4, Jalan Haji Manan,
86000 Kluang,
JOHOR.


Hp - 017-825 2514









14 November 2014

[Bisnes Printing Tshirt] - Cabaran Dalam Bisnes Printing Tshirt

Salam hormat buat semua,

Seperti yang saya janjikan, ini pula adalah Bahagian kedua bagi tajuk "Cabaran Dalam Bisnes Printing Tshirt". sewaktu artikel ini ditulis saya sedang menjalani rawatan sakit bahagian tulang belakang dihospital KPJ Pakar Utama Kluang di Katil 201-D. Walau bagaimanapun  ini tidak menghalang saya dari menulis post ini. Ini adalah sambungan dari post yang terdahulu.

Apa yang bakal saya kongsikan dalam post kali ini mungkin boleh membantu mereka-mereka yang masih baru berjinak-jinak dalam perniagaan printing Tshirt ini.


Cabaran Dalam Bisnes Printing Tshirt - Bahagian 2


Bahagian ke #2 - Technical Challenge | Cabaran Teknikal.

Apakah yang dikatakan sebagai "Cabaran Teknikal" ini?

Cabaran Teknikal adalah lebih merupakan cabaran yang memerlukan Kemahiran teknikal, Pengetahuan khusus dan Kemahiran melakukan analisis. Cabaran ini hanya yang bersifat sementara dan mudah diatasi. Walaupun begitu, jika terlalu lama dibiarkan akan menyebabkan kesan yang serius kepada bisnes printing Tshirt anda.

Wow, macam serius saja bunyinya... Susah sangat ke nak mengatasi cabaran teknikal ini? Jawapan segera dari saya adalah "Tidak".

Kita bukan bercerita tentang bagaimana untuk membina sebuah "Rocket" untuk ke Bulan , tetapi lebih kepada Melakukan apa yang dilakukan oleh ramai orang didunia ini. Anda dan saya adalah bukan orang yang pertama di Dunia ini yang menceburi bidang PrintingTshirt  ini. Jadi sudah pastilah mereka-mereka yang telah lama dalam bidang ini terlebih dahulu menghadapi cabaran-cabaran tersebut. 

Jadi Tidak perlu rungsing sangat  bagaimana nak berhadapan dengan pekara ini. Bukan anda sorang saja yang berhadapan dengan cabaran seperti ini.


Berikut adalah beberapa panduan ringkas yang anda boleh dijadikan panduan.

  1. Kenal pasti masalah-masalah tersebut dengan melakukan "Troubleshoot" atau buat Analisa asas.
  2. Mendapatkan bantuan dan nasihat dari mereka-mereka yang telah lama dalam bisnes ini sebagai contohnya mentor anda, rakan - rakan, dan maklumat dari internet. 
  3. Buat "SOP" Standard Operaton Prosedure mudah atau catatkan dalam satu Buku khas sebagai panduan dan rekod supaya masalah tersebut tidak berulang lagi dan boleh dijadikan rujukan akan datang.
  4. Menambah baik proses secara berterusan " Continues Improvement". Sentiasa menambah baik cara kerja. Dalam Kes ini anda kena sentiasa kena "Out of the Box Thingking" bagaimana untuk sentiasa menambah baik sesuatu cabaran yang dihadapi.

Secara ringkasnya anda boleh rujuk gambarajah dibawah:




Ada ramai yang bertanya kepada saya kenapa kita harus memberikan fokus kepada permasalahan teknikal? Dalam enteri Cabaran Dalam Bisnes Printing Tshirt  Bahagian 2 ini jawapan ringkas dari saya adalah, sekiranya permasalahan ini tidak diuruskan dengan baik ia akan mebawa kepada permasalahan yang lebih besar yang melibatkan banyak pekara.

Nak tahu apa Masalah itu? Tunggu pada enteri saya pada masa akan datang. Doakan saya semoga cepat sembuh ya. Saya juga sentiasa mendoakan anda sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dilimpahi rezeki dari Allah S.W.T.

Terlepas Post kami yang terdahulu..

Cabaran Dalam Bisnes Printing Tshirt - Bahagian 1


FB Page kami: Tprintrepublic

Kedai Kami:

TprintRepublic Apparel
LOT 466, No 4, Jalan Haji Manan,
86000 Kluang,
JOHOR.


Hp - 017-825 2514




09 November 2014

[Bisnes Printing Tshirt] - Cabaran Dalam Bisnes Printing Tshirt

Cabaran Dalam Bisnes Printing Tshirt - Bahagian 1


Salam Rindu dari Kami, Kami Doa kan anda sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sentiasa mendapat rahmat dan dari Allah S.W.T. Semasa menulis post ini jantung berdegup kencang menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 di TV semoga kedua-dua pasukan bermain dengan baik malam ini. 

Ahhhhh lama dah tak buat Pos, sibuk sikit melayan customer yang datang , dengan projek baru nya, melayan Whatapps,sms,email & fb sampai ke malam yang banyak masuk nya... pendek kata ada yang telepas pandang. Mintak maaf la ye tak kekadang tak dapat nak reply. Macam perangai customer ada, ada yang tanya satu-satu, ada yang macam tak sabar-sabar nak jawapan, ada yang saja nak main-main saja. Inilah yang dikatakan cabaran dalam perniagaan. Semua pekara yang kita buat ada cabaranya makan gaji pun ada cabaran. Apa yang kami ingin kongsikan dalam posting kali ini adalah Cabaran Dalam Bisnes Printing Tshirt

Setiap Cabaran tidak jadi cabaran bila mana kita tahu cara bagaimana untuk mengatasi cabaran tersebut, Ini yang kita katakan sebagai "Problem Sloving Method"

Ilustrasi didalam dibawah Adalah ringkasan "Cabaran Dalam Bisnes Printing Tshirt" supaya lebih mudah difahami. Kami tak Copy dari mana sumber, Ia berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan dalam menjalankan perniagaan printing Tshirt




Secara Umumnya, cabaran bisnes printing Tshirt ini Boleh Dibahagikan Kepada Dua jenis iaitu cabaran Teknikal & Cabaran pengurusan. Jadi kalau tanya dengan saya mana satu yang kita nak fokuskan dahulu, Jawapanya tunggu pada pos saya yang akan datang yek.


Sambil-sambil tu ko orang boleh tengok Gambo-gambo beberapa projek kita orang yang dah lepas. Ada juga yang tah sempat nak tangkap;

[Ini Design Budak Tingkatan 3 Tau]

Hahaha bebudak sekolah sekarang bukan macam budak sekolah dulu. Asal buat baju mesti ada nama satu kelas.

Ini design budak sekolah tingkatan 3 dari Segamat Yang kami terima baru baru ini. Saya tanya dengan dia, ada siapa-siapa yang tolong design baju ni ke , dia cakap dia buat sendiri. Dasyat sey...Agak simple tapi menarik.

Kami doakan semoga bakat beliau bakal membawanya ke satu tahap yang lebih baik satu hari nanti.

Untuk student - student yang Nak tempah baju macam ni bolehlah datang ke kedai kami seperti mana alamat yang kat bawah ni:


TprintRepublic Apparel
LOT 466, No 4, Jalan Haji Manan,
86000 Kluang,
JOHOR. 

Hp - 017-825 2514





[Nak Makan Bubur Ayam Sesedap Bubur Ayam Mek Dee]

Siapa2 yang suka sangat makan bubur ayam MekDee
boleh lah dapatkan di Ayam Havoc. Resepi yang sangat simple dan sedap! Lagi sedap dari bubur ayam MekDee rasanya...kikiki.

Terima kasih kat En. Syukor Kerana memberikan kepercayaan kepada kami "Tprintrepublic" sekali untuk mencetak baju nya. Semoga bisnesnya akan bertambah maju lagi.




[Abang Beca Tunggu]

Antara patah-patah lirik lagu "Abang Beca"

Abang beca abang beca di tengah jalan
cari muatan untuk mencari makan

Putar-putar putar-putar kaki mengayun
pergi jauh keringatpun lalu jatuh

Abang beca abang beca di tengah jalan
cari muatan untuk mencari makan

Putar-putar putar-putar kaki mengayun
pergi jauh keringatpun lalu jatuh...

Lagu Abang Beca | Bila dengar lagu ni teringat beca kat Bandar Hilir Melaka. Beca yang berwarna warni siap dengan speker..ada Air horn. Memang tak boleh bayangkan kalau bandar Melaka tanpa Beca. Mesti sunyi sepi punya...

Tahniah kepada Kelab pemilik Beca Melaka (KPBM) kerana sentiasa aktif menjalankan aktiviti KPBM. Semoga Allah S.W.T memberikan kesihatan yg baik untuk mereka terus berkayuh dibumi Melaka

Nota***

Ini antara tempahan printing tshirt yang baru lepas yang Tprintrepublic terima dari KPBM untuk projek Siri kayuhan 1 Malaysia ~Freedomforgaza-Terima Kasih dari kami

Pssst....
Baru dapat call dari orang kuat KPBM , nak buat order utk design baru...Semoga dipermudahkan Amin..




[ Perniagaan Ice Cubes ]

Rakyat Malaysia pada masa kini, amat menggemari minuman berais. Boleh dikatakan 80% rakyat Malaysia akan mengambil minuman berais pada setiap kali mereka keluar bersama-sama keluarga, rakan-rakan mahupun sesiapa sahaja, pasti mereka meminta pesanan minuman berais, seperti milo ais, teh ais, kopi ais, nescafe ais dan dan lain-lain. Pendek kata tidak kira masa pagi , petang atau malam lah.

Jadi tidak peliklah perniagaan Ais Kiub tumbuh dengan banyak sekarang ni. Kalau kita perhatikan dalam satu daearah tu mungkin ada lebih dari 5 syarikat pembekal ais kiub yang bersaing bagi mendapatkan pelanggan.

[KLUANG ICE]

So salah satu dari job yang kami buat baru-baru ini adalah tshirt dari Syarikat Kluang Ais. Jadi untuk orang kluang dan sewaktu dengan nya, kalau nak order ais kiub untuk kedai makan ko orang, majlis kenduri dsb. bolehlah contact nombor pada gambo belakang baju tu.

Kami ni cuma support promosi je hahaha. Ha...Kan dah dapat promosi percuma kalau tempah baju dengan kami. Bukan kena bayor pun free jek. Kalau nak cari kedai kami boleh tengok alamat kat bawah ni:

TprintRepublic Apparel 
LOT 466, No 4, Jalan Haji Manan, 
86000 Kluang,
JOHOR. 

Hp - 017-825 2514