17 November 2014

[Bisnes Printing Tshirt] - Cabaran Dalam Bisnes Printing Tshirt

Salam hormat dan Salam Sejahtera. 

Syukur kepada Allah SWT kerana memberikan ruang untuk menulis lagi. Enteri ini masih lagi ditulis atas katil hospital KPJ Pakar Utama Kluang di Katil 201-D, Tak ada apa2 nak buat, so idea tengah datang apa lagi. Ini adalah sambungan dari post yang terdahulu.

Cabaran Dalam Bisnes Printing Tshirt - Bahagian 1

Cabaran Dalam Bisnes Printing Tshirt - Bahagian 2


Selamat Membaca...

Cabaran Dalam Bisnes Printing Tshirt - Bahagian 3.


Membeli peralatan percetakan atau membuatnya sendiri (DIY) adalah satu daripada pekara yang mengujakan bagi sesetengah orang yang baru berjinak-jinak memulakan perniagaan printing T-shirt. Akan tetapi kegairahan ini menyebabkan anda kadang-kadang terlupa dan tidak bersedia dengan apa yang apa rintangan yang bakal anda hadapi ketika memulakan proses percetakan. Alah macam bercinta, segalanya nampak manis...hehehe


Mahu atau tidak Untuk memulakan perniagaan percetakkan tshirt, anda perlu untuk menyediakan atau membeli peralatan tertentu untuk memulakan percetakan pakaian seperti Heat Transfer Press, Plotter, Meja Mencetak, Exposure Unit, Flash Unit, Dryer, dakwat, Squeegees, spatula, Chemicals dan Wooden Screen & sedikit bekalan pakaian untum membuat sample.


Mungkin sebahagian dari anda pernah mengalami keadaan dimana setelah semua peralatan tersedia didepan mata, proses percetakan yang anda ingin mulakan mengalami satu demi satu cabaran. Pada ketika ini anda mula merasakan apa yang anda lakukan tidak semudah yang disangkakan dan mungkin atau ia tidak semudah sewaktu menjalani latihan bersama orang yang mengajar anda dalam bidang percetakan tshirt. Seterusnya dari hari ke sehari, Apa yang berlaku adalah, rasa kegairahan itu semakin menipis dan akhir sekali minat terhadap perniagaan itu sendiri semakin pudar dan mengambil keputusan singkat untuk berhenti terus dari perniagaan ini.Ini adalah masalah umum atau cabaran dalam bisnes yang dihadapi oleh ramai orang.

Akhir sekali, sebahagian peralatan anda menjadi "Gajah Putih" atau "Tukun" disudut kedai atau rumah dan akhirnya rosak. Tahniah!!! anda kini menjadi pengumpul peralatan percetakkan Tshirt. Dengan kegagalan merangka strategi pembelian peralatan percetakan dengan dengan baik menyebabkan Duit anda "Beku" atau tidak memberikan pulangan seperti mana yang diharapkan. Ini adalah salah satu punca anda kehilangan wang modal yang diperlukan untuk pekara yang lebih penting.

Mungkin anda pernah mengalami keadaan dimana setelah semua peralatan tersedia didepan mata, proses percetakan anda mengalami satu demi satu cabaran.

Anda merasakan ia tidak semudah sewaktu menjalani latihan bersama orang yang mengajar anda..betul? Apa yang berlaku adalah, Dari sehari ke sehari, rasa kegairahan itu semakin menipis dan akhir sekali minat terhadap perniagaan itu sendiri semakin pudar dan mengambil keputusan singkat untuk berhenti terus dari perniagaan ini dan melihat peluang perniagaan lain. Ini adalah masalah umum yang dihadapi oleh ramai orang dan Akhir sekali anda menjadi pengumpul peralatan percetakkan.

Pernah atau tidak anda terfikir kenapa ini berlaku? Apa yang ingin saya sentuh dalam Enteri "Cabaran dalam Bisnes Printing Tshirt"- Bahagian 3 ini adalah bagaimana permasalahan teknikal ini jika tidak ditangani dengan betul akan mempengaruhi kemajuan perniagaan dan memberikan Cabaran dalam Bisnes tshirt anda, Antara cabaran teknikal yang boleh saya nyatakan disini adalah seperti Pesekitaran, Cuaca, ruang, Kualiti bahan, Cara kerja, penyeragaman Proces, kualiti percetakan, Penggunaan peralatan, Pelarasan,Process penyediaan Art Work, Jangka hayat Alat ganti dan peralatan adalah antara pekara merupakan satu cabaran yang tidak boleh diambil mudah.

Dalam cabararan teknikal ada pekara yang berlaku itu boleh kita kawal dan ada pekara yang berlaku diluar kawalan kita . Dapat saya jelaskan disini,

Cabaran teknikal ini boleh dibahagi kepada 2 Kategori iaitu:
- Cabaran yang BOLEH dielakkan.
- Cabaran Yang TIDAK BOLEH dielakkan. 

Secara ringkasnya anda boleh rujuk gambarajah dibawah:



Dapat dirumuskan disini, Cabaran teknikal secara asasnya boleh dikawal dan ditangani dengan cara menetapkan atau meminimumkan keadaan tersebut.

Antara beberapa contoh mudah yang dapat saya berikan disini adalah;

1) Cabaran yang BOLEH dielakkan.

a) Ketiadaan standard masa yang tepat semasa melakukan screen emulsion exposure akan mengakibatkan emultion anda terlalu mudah tertanggal atau Susah untuk ditanggalkan.

b) Lakukan beberapa ujian masa "Exposure" bagi emulsion tersebut bagi mengenalpasti masa yang sesuai berdasarkan sais Artwork film A3,A4,B4 & B5.Sais dan jenis  film Artwork boleh mempengaruh masa "Exposure" keatas screen block anda.


c) Tetapkan masa dan buat "SOP" atau nota yang boleh dijadikan rujukan. Contoh:
- A3 -120 Saat
A4 - 90 Saat

d) Kawal masa  kotak "Exposure" anda menggunakan  "Timer" Automatik dan bukannya jam tangan atau stop watch. Ini bagi mengelakan anda terlupa menutup lampu kotak "Exposure" tepat pada masanya. HeHehe... dulu saya pun selalu terkena terutama bila tengah buat expose customer datang atau call. Jadi Yang terbaik gunakan auto timer.

e) Guna hanya satu jenis sahaja screen Emulsion yang anda rasakan bagus. Elakkan kerap bertukar screen emulsion kerana setiap jenis Emulsion memiliki masa  "Exposure" screen anda.


2) Cabaran Yang TIDAK BOLEH dielakkan.

a) Mentol dan Ballas / Choke yang anda gunakan lampu Fluorescent  akan mengalami sedikit demi sedikit kemerosotan nilai kecerahan atau rosak selari dengan watu dan jangkamasa penggunaan. Ini adalah satu pekara yang anda tidak boleh kawal kerana ia melibatkan jangka hayat peralatan.

b) Dari masa kesemasa perhatikan ada sebarang perubahan ketara keatas masa "Exposure" berbanding "SOP" anda. Cohtoh: Sebelum 90 Saat | Selepas 6 Bulan 100 Saat

c) Jika ada perubahan minima rekodkan perubahan tersebut dan gunakan sebagai rujukan terbaharu. Sebaliknya jika ada perubahan ketara Tukar Mentol atau Ballas |Choke Baharu.  
Contoh:
- A3 - 120 Saat 130 Saat
A4 - 90 Saat 100 Saat


d) Sekiranya anda ada modal lebih boleh beli Lux meter untuk mengukur tahap kecerahan peralatan Kotak "Exposure" anda dari masa kesemasa.



e) Lakukan penyelengaraan berkala seperti membersihkan habuk pada mentol contoh: 
- Pembersihan Mentol -1 Bulan. 
- Tahap Kecerahan - 3 Bulan
Tukar Mentol -1 Tahun.


Memahami cabaran dan penyelesaiannya adalah proses yang sangat penting apabila anda benar-benar ingin terlibat secara langsung dalam industri percetakkan tshirt ini kerana boleh memperbaiki kualiti produk. Mengetahui cabaran sebagai pencetak tshirt akan membantu anda bertindak dengan berkesan bagi mengenalpasti langkah-langkah kritikal yang boleh dkawal dan tidak boleh dikawal bagi memastikan hasil yang terbaik dalam bisnes percetakan Tshirt anda. 


Tunggu pada enteri saya pada masa akan datang. Banyak lagi yang saya bakal kongsikan. Kami doakan anda sentiasa sihat dan dimudahkan rezeki darai arah yang tidak disangka-sangka. Kalau anda terlepas Post kami yang terdahulu..

Cabaran Dalam Bisnes Printing Tshirt - Bahagian 1

Cabaran Dalam Bisnes Printing Tshirt - Bahagian 2



FB Page kami: Tprintrepublic



Kedai Kami:


TprintRepublic Apparel
LOT 466, No 4, Jalan Haji Manan,
86000 Kluang,
JOHOR.


Hp - 017-825 2514









Tiada ulasan:

Catat Ulasan