Hikmah Beristighfar : Rezeki Dipermudahkan
Kenali diri. Itulah rahsia supaya seseorang milki ketenangan di bumi dan kehidupan setelah bumi, akhirat. Allah merumus, jika kita bersyukur pada apa yang ada, maka akan ditambah. Jika manusia beristigfar, Allah tidak segan akan luaskan lagi nikmatnya berupa harta, keturunan dan hujan yang menjanjikan kesuburan. Dan Allah nyatakan bahawa setiap hamba wajib melakukan muhasabah diri demi kejayaan mendatang.
Rasulullah s.a.w bersabda, ” Barangsiapa yang membiasakan dan selalu beristighfar kepada Allah, maka Allah memudahkan saat ia sulit, Allah gembirakan saat ia sedih dan Allah beri rezeki dari jalan yang tidak pernah ia duga.”
Kemudian, di dalam al-Quran surah Nuh ayat 10, 11,dan 12, Allah s.w.t berfirman, maksudnya :
'' Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai ''.
Jadi, adalah kewajipan bagi kita sebagai hambaNya, perlu sentiasa beristighfar. Rasulullah s.a.w tidak akan bangun dari tempat tidur baginda kecuali setelah beristighfar sebanyak 70 kali, dalam hadis lain menyebut sebanyak 100 kali. Walaupun Rasulullah maksum, bebas daripada dosa, dijamin masuk syurga tapi begitu hebat istighfarnya kepada Allah.. apatah lagi kita yang banyak dosa.
Semoga dengan perkongsian ini kita sama-sama dipermudahkan rezeki. Semoga kita tenang dalam mencari rezeki.
ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ
ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ
ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢَ
Beristighfarlah kepada Allah, nescaya Allah akan permudahkan urusan kita, memgurniakan generasi yang soleh dan memberikan kehidupan yang sejahtera kepada kita. InsyaAllah.
Rakan Anda:
#tprintrepublic
www.tprintrepublic.com
Note ***
Untuk Ingatan diri Sendiri...
Trimakasih atas perkongsian ilmu tuan. Cukup bermakna untuk sy dan org2 yg baru nak cuba/start dlm perniagaan cetak baju. Sebaik2 manusia adalah yg memberi manfaat kpd org lain. Semoga tuan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.
BalasPadam