01 Ogos 2014

[Kalau Tak Ada Tukang Gunting]

Bayangkan kalau dunia ni tak ada tukang gunting rambut...? macam mana ek...Huru hara juga agaknya yek....Melihat kepada scenario semasa, Gunting rambut dah jadi satu industri.

Ramai antara anak -anak muda "Gen Y " sekarang telah memilih bidang ini...yg menjanjikan pendapatan yang agak lumayan...yelah mana tidaknya boleh kata 99.999% manusia dilahirkan berambut.


Untuk baju ni customer mintak kami guna Rubber die yg seakan-akan warna emas. Jadi kami buat bancuhan khas untuk baju ni. Hasilnya seakan-akan Penuts butter.



Orite..Hari ni tak nak cerita pasal printing baju lebih-lebih tapi nk citer pasal lawak tukang gunting. 






[Lawak Gunting Rambut]

Ada seorang lelaki tua berambut panjang.. bermisai lebat dan berjanggut panjang pergi kesebuah kedai gunting.. Wajahnya yang kusut masai itu umpama baru keluar dari persembunyian di hutan..

Lelaki tua : "Saya nak gunting rambut.. cukur misai dan janggut.."

Tukang gunting : "Rambut nak fesyen apa?"

Lelaki tua : "Potong pendek aje semuanya"

Tukang gunting itu mula memotong semua rambut.. misai dan janggut lelaki itu hingga selesai..

Tukang Gunting : "Pakcik... pakcik ni dulu seorang askar ya??"

Lelaki tua : "Iya.. mana kamu tahu nak....?"

Tukang gunting : "Saya baru saja berjumpa dengan topi askar di dalam rambut .

***End of Story***

Tiada ulasan:

Catat Ulasan