Tip # 1. Lakukan penyelidikan.
Sebelum anda menerjah masuk ke bisnes cetak baju ini, dapatkan maklumat yang
betul bagaimana perniagaan ini berfungsi. Buat sedikit kajian bagaimana peneraju
industri ini memulakan perniagaan sehingga berjaya, dan apakah model strategi
yang digunakan? Berapa banyak keuntungan yang anda buat bergantung kepada tindakan
anda. Selain itu, anda perlu mengambil kira faktor kos asas & upah kerja. Apabila
anda telah menetetapkan harga, anda boleh mengetahui keuntungan yang bakal anda
perolehi. Ramai diantara mereka diluar sana telah dan memperolehi pendapatan “5”
angka hanya dengan bemodalkan RM “0”.
Tip # 2. Merancang.
Sebelum anda mulakan "bisnes cetak baju" ni, pastikan anda mempunyai matlamat yang sangat jelas
tentang apa yang yang ingin di capai. Buat keputuskan tepat berkaitan perkara-perkara
seperti jenis t -shirt atau produk yang anda ingin tumpukan pada peringkat
permulaan. Sekiranya tidak jelas, cuba dapatkan bantuan nasihat dari mereka
yang telah berjaya dalam “Bisnes cetak baju"ini. “Determination” perniagaan anda mesti
jelas. Kemudian Tanya diri anda tentang beberapa pekara iaitu; Apakah pasaran
sasaran anda? Adakah pasarkan secara “On Line” atau anda memilih untuk menjualnya
“Off Line” atau kedu-duanya sekali? Apakah rancangan strategi pemasaran yang mudah
dan murah? Apakah kaedah pengiklanan yang dipilih itu percuma dan berbayar? Pekara
Ini semua boleh meletakan jenama anda di hadapan dan menembusi pasaran sasaran.
Rancang pelan perniagaan yang praktikal untuk digunakan sebagai garis panduan
untuk operasi syarikat. Sebagai permulaan, kenal pasti nilai-nilai jenama anda,
misi, objektif, strategi, matlamat, dan visi jangka panjang. Sebaik-baiknya
gunakan “Timeline Chart” bagi memantau perkemembangan rancangan anda. Ia
merupakan “Road Map” kepada bisnes cetak baju anda. “Orang yang gagal merancang,
selalunya akan gagal”.
Nantikan tip-tip yang seterusnya...dari kami pada post yang akan datang. Sebarang pertanyaan dan bantuan tprintrepublic@gmail.com . KALAU URGENT sangat-sangat tu boleh terus Call/SMS/WhatApps/LINE 019-7209432 . Kami bersedia membantu anda dan memberikan khidmat nasihat secara "PERCUMA"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan