22 Oktober 2013

[19 # Tip Perniagaan Percetakan "T-Shirt" - Printing Tshirt ]

Tips # 4. Mentor/Guru

Peranan “Mentor atau Guru” sangat penting dalam pelbagai bidang termasuklah dalam dunia perniagaan. Belajarlah dari mentor yang betul dalam bidang atau “Passion”yang ingin kita ceburi. Sebagai contoh katakan anda ingin menceburi bidang Printing Tshirt, apa yang perlu anda lakukan adalah mencari mentor-mentor yang mampu membimbing anda dengan baik dalam bidang Printing Tshirt ini.


Tetapi itu sahaja belum mencukupi, anda juga perlu belajar pekara-pekara yang berkaitan selok-belok perniagaan (Pemasaran “On-line / Off Line”, “Design”, Perakaunan, Menulis dan sebagainya). Pasti timbul pertanyaan kenapa pula perlu belajar tentang pekara-pekara lain, sedangkan saya cuma nak buat perniagaan "Printing Tshirt", apa pulak kena mengenanya? 


Jawapannya sangat mudah. Izinkan saya menerangkanya dengan lebih lanjut. Sebagai contoh, katakan anda mahu belajar perniagaan printing tshirt dari Mentor 'A', kemudian anda merancang untuk memasarkan T-shirt anda secara online, Cuba anda fikirkan sejenak, adakah Mentor 'A' sangat mahir dalam bidang-bidang pemasaran On-line dan sebagainya?  Mungkin 'Ya' dan mungkin juga 'Tidak'. Mentor A mungkin merupakan pakar dalam bidang percetakan silkscreen selama lebih 15 tahun, Ini tidak bermakna beliau juga pakar dalam perniagaan online pada masa yang sama.



Jadi apa yang perlu saya buat? 

Cari mentor yang mampu membimbing anda untuk meningkatkan perniagaan anda dalam bidang pemasaran percetakan pakaian secara Online. Baiklah ini ada  satu lagi contoh lain yang agak mudah, katakan pengurusan akaun perniagaan Printing Tshirt anda agak lemah, jadi apa yang anda perlu lakukan adalah mencari mentor yang berpengalaman dalam bidang pengurusan Akaun. Cuba bayangkan, apakah yang akan berlaku sekiranya perniagaan anda “Meletup” dengan pantas tetapi anda gagal menguruskan akaun? Tidakkah ini akan menghuru-hara perniagaan anda dan kebarangkalian untuk perniagaan anda gagal adalah sangat tinggi. Tidak perlu “Lokek” dalam mencari ilmu belajar. Bak kata Tok guru saya;

 “Harga yang perlu dibayar untuk sebuah kegagalan itu terlalu mahal untuk ditanggung”.

Apa yang saya faham dengan kata-kata beliau adalah, apabila kita tidak berguru dengan betul, anda mungkin akan melangar dinding berkali-kali dan akhirnya kemungkinan cita –cita anda akan terkubur begitu saja kerana ketiadaan ilmu yang betul. Keadaan ini boleh berlaku sebaliknya apabila anda belajar dari mentor atau guru yang betul. Kebarangkalian untuk anda melangar dinding adalah tipis. Ini adalah kerana mentor atau guru yang bagus biasanya akan sentiasa membatu anda dengan nasihat dan tip-tip berguna untuk dijadikan panduan agar tidak tersalah jalan.




Apa yang anda boleh lakukan sekarang adalah mengenalpasti kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri anda, kemudian cari mentor yang betul. Belajar dan teruslah belajar tanpa jemu. Belajarlah dari Mentor yang memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing. Apabila anda belajar dari mentor yang “Sebenar” maka anda dapati sangat banyak pekara asas yang telah kita abaikan selama ini. “Jadilah seperti gelas kosong”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan