21 Oktober 2013

[JENIS-JENIS KAIN UNTUK T-SHIRT-Panduan Memilih Kain ]

Terdapat pelbagai jenis kain yang popular atau biasa digunakan di dalam industri pembuatan Tshirt. Dengan kemajuan teknologi seka.ang ini, terdapat pelbagai pilihan bagi memenuhi keperluan pelanggan. Berdasarkan pengalaman, lebih 70% pelanggan yang datang ke Tprintrepublic tidak tahu jenis kain yang hendak dipilih. Adalah menjadi tanggung jawab sosial kami untuk berkongsi maklumat asas berkaitan pekara ini.

Semoga sedikit maklumat atau " Panduan Memilih Kain" ini bolen menjadi panduan yang berguna untuk memilih fabrik yang bersesuaian.

Antara yang menjadi persoalan utama adalah berkaitan dengan harga yang berbeza-beza antara jenis pakaian. Jenis kain akan menentukan keselesaan dan kepuasan kepada si pemakai. Selain itu, pelanggan perlu tahu bahawa harga kain untuk membuat Tshirt juga bergantung kepada harga bahan mentah dipasaran. Pelanggan seharusnya diberikan garis Panduan memilih Kain mengikut kesesuaian bajet dan keperluan.


Persoalan lain yang biasa ditimbulkan oleh pelangan kepada kami adalah kenapa kualiti kain berbeza walaupun ia dari material yang sama sebagai contoh “Cotton”. Ia bergantung kepada dari negara mana bahan tersebut dibuat. Kualiti Cotton dari Negara China, India dan Bangladesh adalah berbeza. Jadi adalah tidak pelik sekiranya harga dan ketahanan t-shirt Cotton dari setiap pengeluar adalah berbeza juga.


Pemilihan jenis kain yang betul akan menghasilkan kualiti printing dan sulaman yang lebih baik. Sebelum membuat keputusan untuk membuat tempahan Tshirt, adalah lebih baik pelangan berbincang jenis kain dengan syarikat printing terlebih dahulu yang mana hasilnya adalah “ Win-Win Situation”.


Antara jenis kain yang biasa digunakan dalam pasaran adalah; 

· CVC 40 Double Interlock
· CVC Honey Comb
· CVC Honeycomb Lacoste
· CVC Wafer
· CVC Lacoste
· TC 26
· TC 30
· Fully Comb Woven Collar
· Cotton Round Neck
· 100% Cotton Mini Twill
· 100% Cotton Tubular
· Double Interlock
· 100% Interlock Vertical Line with Jacquard
· Micro Fibre


Terdapat 5 jenis kain yang popular di Malaysia dalam industri pembuatan pakaian;

1. Tetra Cotton (TC 26)
Kain jenis ini biasanya untuk customer yang bajet rendah. Namun kain ini amat luas digunakan sperti baju muslimah, t-shirt tadika, t-shirt sekolah, hari sukan atau hari keluarga. Kain jenis ini bukan 100% cotton dan kurang meresap peluh. Walau bagaimanapun kain jenis ini biasanya akan tahan lama kerana susah untuk scretch ( mengembang).

2. Cotton 100%
Kain jenis ini pula, adalah kain yang mendapat sambutan paling menggalakan kerana ianya meresap peluh dan selesa dipakai pada bila-bila masa. Kain ini sangat lembut tetapi masalah yang biasa pada kain ini adalah ianya cepat mengembang (stretch/shrinkage).






3. CVC/PK/Lacoste
Kain jenis ini adalah campuran antara polyster dan cotton. Kain ini kurang meresap peluh tetapi lebih lembut dari kain TC (Tetra Cotton). Kain jenis ini biasanya untuk baju berkolar sahaja. Kain Lacoste amat sesuai dijadikan t-shirt formal.




4. Micro Fibre
Kain jenis ini amat selesa dipakai dan kebiasaannya digunakan untuk hari sukan serta aktiviti luar. Kain ini tidak meresap peluh dan cepat kering. Kain ini lebih mahal dari kain TC, lacoste dan juga Cotton.

5. Cotton Interlock
Ia  memiliki kualiti yang tinggi dan memberikan keselesaan kepada sipemakai. Kain ini lebih tebal, lembut tetapi tidak panas dan harganya sedikit mahal. Biasanya menjadi pilihan pelanggan yang tidak berkira tentang harga dan mementingkan keselesaan serta kualiti.

Panduan tambahan untuk memilih jenis kain dan kegunaanya;

UNIFORM / BAJU F1
Viscose cotton, Trill comb cotton, Polyester CVC, Lacoste poly soft t/c, Oxford t/c yarn, Dyed linen

LAB COAT: 100% Polyester

EXCEKUTIF JACKET: HI Twist Thick Micro Fiber

CEO JACKET: HI Twist (Mafela)

OVERALL & APPRON, CHEF UNIFORM: TC Drill

Semoga perkongsian mengenai Panduan Memilih Kain diatas dapat membantu anda.


Mungkin Anda Berminat Untuk Mendapatkan:
Tshirt I Am Murah
T-shirt-murah RM9.90

25 ulasan:

  1. salam,
    kat mana nak dapat kain camni

    BalasPadam
  2. Wassalam,
    Anda Boleh buat carian di internet. Terlalu banyak dalam pasaran

    BalasPadam
  3. Assalam..Biasanya untuk t-shirt yg kolar bulat ape material yg terbaik?

    BalasPadam
  4. as salam..nak tanya..kain lacoste ada gred tak? kalau ada gred kualiti mana yang ok..sbb tgk kualiti tshirt kain lacoste berjenama mcm ok..contoh mcm jenama polo original..terima kasih

    BalasPadam
  5. Sedikit Panduan:

    1- Low Budget Lacoste | TC Lacoste / Pique - "Diamond Pattern"(65% Polyester, 35% Cotton | 210 gsm

    2- Medium Grade Lacoste | CVC Honeycomb / Lacoste (50% Cotton, 50% Polyester | 210 gsm)

    3- Highest Grade Lacoste | Cotton Honeycomb / Lacoste(100% Cotton, 0% Polyester | 220 gsm)

    BalasPadam
  6. salam.utk t shirt raglan pakai kain jenis apa?

    BalasPadam
  7. Apakah material kain yg sesuai utk uniform (boot jaket)..

    BalasPadam
  8. Di mana nak dpt sumber kain tc secara borong kat KL ya.. dah puas cari.. boleh bantu?

    BalasPadam
  9. Awak ada menjual kain kain tersebut ke? Macamana nak beli?

    BalasPadam
  10. Awak ada menjual kain kain tersebut ke? Macamana nak beli?

    BalasPadam
  11. salam,kat mane nk dpt kn kain2 t-shirt trsebut

    BalasPadam
  12. Salam boleh tak kalau ader sesape tau mane nk dpt kain jenis ni .... Dh puas cari..

    BalasPadam
  13. Salam boleh tak kalau ader sesape tau mane nk dpt kain jenis ni .... Dh puas cari..

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. kain TC atau cotton t-shirt boleh beli dati vise trading.... boleh searh fb / google

    BalasPadam
  16. jenis kain yg sesuai untuk buat baju group memancing ape ye?...x panas sgt n selesa..lagi2 waktu musim panas ni kan...

    BalasPadam
  17. nak tanya, ada tak baju berkolar untuk kanak kanak umur 1 1/2 tahun-6 tahun?

    BalasPadam
  18. nak tanya, ada tak baju berkolar untuk kanak kanak umur 1 1/2 tahun-6 tahun?

    BalasPadam
  19. Untuk Jenama/pakaian sukan, kain apa yg sesuai utk pasaran.

    BalasPadam
  20. Maaf nk memcelah. 26tc sj bkn low bajet. Kalau di baca balik, 100% cotton pulak yg bermasalah.. Sbb kembang. Jadi tlg jgn fikir 26tc tu low bajet. Sy 4tahun kje kilang besar mnjaga quality kain2 tshirt.

    BalasPadam
  21. Dan bila di teliti hal detail informasi di atas, ada banyak perkara perlu di ubahkan, salah info boleh terpesong pengetahuan pelanggan. Boleh mengamuk pengeluar kain tempatan

    BalasPadam
  22. nak tanya, apa jenis kain yang digunakan untuk body glove punya collar t-shirt?

    BalasPadam
  23. 100% cotton paling low bajet. kain TC cun. x kembng n gsm lbh tggi.
    kain tc n jersey mcrofber biasa sy bg customer harga sama je.
    klau nk buat bju @ printig bole ws sy.
    Mr Deen - 016 441 6477

    BalasPadam