03 November 2013

[ Tips memilih "Screen Printing Mesh" - Jenis Jaring Percetakan ]

Adalah menjadi pekara biasa kepada mereka-mereka yang masih baru berjinak-jinak dalam industri Percetakan "Silk Screen" terkeliru mengenai cara untuk memilih dan mengenalpasti perbezaan "Screen Printing Mesh" (Jaring Percetakan Skrin). Maklumat ini disediakan untuk sekadar untuk berkongsi pengetahuan, serta mendidik pelanggan mengenai proses percetakan skrin dan juga untuk menjadi sumber rujukan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengusahakan perniagaan percetakan "Silk Screen" sendiri.




Satu ketika dulu, jaring percetakan diperbuat daripada Sutera, Disebabkan faktor harga dan ketahanan, sutera telah digantikan dengan bahan lain. Tiga jenis bahan yang biasa digunakan di dalam industri percetakan pada hari ini adalah diperbuat daripada Polyester, Nylon dan Stainless Steel. Setiap satu jenis jaring percetakan tidak dapat memenuhi keperluan untuk kesemua jenis kerja percetakan. Selain percetakan, ia juga direka bagi tujuan bagi penapisan dan pengukuhan.



Dalam industri percetakan pakaian, Polyester adalah paling banyak digunakan. Ia boleh didapati dalam 2 jenis iaitu; "Monofilament" dan "Multifilament". Kebanyakan Fabrik jaring percetakan dipasaran pada hari ini adalah dari jenis Monofilamen kerana ia lebih kuat dan tahan lama, walaupun begitu "Polyester Multifilament" masih lagi digunakan dan dijual dipasaran. "Polyester Monofilament" diperbuat daripada benang tunggal manakala Polyester Multifilament diperbuat dari lembar-lembar polyester halus yang dipintal dan ditenun menjadi fabrik jaring percetakan. Jaring percetakan berfungsi untuk memegang "Photo Stencil" dan penyukat jumlah "Die" yang akan menembusi dan melekat keatas fabrik apabila "Squeegee" ditarik. Ia mestilah fleksible supaya "Squeegee" boleh menjadikan ia memenuhi permukaan pelbagai medium yang dicetak. Ia harus tahan supaya ia akan kembali ke bentuk asal selepas laluan "Squeegee".



Terdapat pelbagai jenama untuk jaring percetakan yang berada dipasaran sekarang, antaranya Sefar Mesh, Saatilene Mesh, NBC Mesh & sebagainya. Beberapa perkara perlu diberi perhatian semasa memilih jenis jaring yang hendak digunakan. Jaring yang baik adalah lebih halus, lembut, dan apabila diregangkan pada alat peregang yang kuat ia tidak akan koyak. Harga Jaring adalah berbeza dari segi saisnya. Jaring yang halus pada kebiasaanya lebih mahal harganya dan ia digunapakai oleh pengusaha pencetakkan t-shirt yang mengutamakan kualiti cetakkan yang tinggi.





Jaring polyester / Sutera dikeluarkan dalam beberapa gred. Bilangan benang dalam satu inci persegi kain skrin, diukur dalam kedua-dua hala. Sebagai contoh, Jaring 110T mempunyai 110 benang menyeberangi setiap inci persegi.Di Eropah dan Asia, jaring diukur dalam unit sentimeter persegi. Untuk menukar kiraan inci (Imperial) kepada sentimeter (Metric), ia perlulah dibahagikan dengan 2.54 untuk mendapatkan kiraan penukaran. Sebagai contoh:110 dibahagikan dengan 2.54 bersamaan 43.3. Ini adalah yang paling dekat dengan 43T atau ukuran "Eropah dan Asia". T bermaksud diameter benang jaring anda.


CARTA PENGIRAAN MESH / JARING

Perbezaan kecil nombor-nombor dalam dalam di bawah initidak memberikan kesan yang kritikal. Jadual dibawah ini membandingkan nombor kiraan jaring digunakan bagi jaring Monofilament dengan Multifilament.



Saiz Jaring yang berbeza digunakan untuk penggunaan yang berbeza dalam proses percetakan skrin. Dalam erti kata yang lain, lebih rendah jumlah dalam kiraan jaringan, dakwat lebih banyak yang akan dimasukkan ke atas substrat tersebut ("substrat" adalah nama teknikal untuk item yang sedang dicetak). Untuk imej yang besar atau kasar, jaring ini sesuai digunakan.


Mungkin Anda Berminat Untuk Mendapatkan:

Tshirt I Am Murah
T-shirt-murah RM9.90



1 ulasan:

  1. Trimakasih atas perkongsian ilmu tuan Cukup bermakna untuk sy dan org2 yg baru nak cuba/start dlm perniagaan cetak baju. Sebaik2 manusia adalah yg memberi manfaat kpd org lain. Semoga.tuan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.

    BalasPadam