10 November 2013

[ Tips memilih "Squeegees" yang bersesuaian - Cara memilih Squeegees ].

Adalah sangat penting untuk memahami sepenuhnya bagaimana fungsi Squeegees dalam industri percetakan skrin "Screen Printing" untuk mencapai kualiti cetakan terbaik dengan mudah . Memilih Kekerasan "Durometer", bentuk dan saiz yang betul, adalah perkara yang paling yang paling kerap diabaikan oleh kebanyakan pencetak ketika mula terlibat mencetak skrin. Ukuran "Durometer" bukanlah satu-satunya perkara yang perlu dipertimbangkan apabila memilih squeegee, Maklumat berikut adalah lebih menjurus arah percetakan skrin keatas fabric sahaja tetapi ia mungkin yang berkaitan dengan aplikasi percetakan yang lain juga.



 1 - Faktor pertama yang perlu dipertimbangkan apabila memilih squeegee adalah tahap kekerasan squeegee. "Durometer" adalah pengukuran untuk kekerasan. Ukuran ini diwakili oleh dua digit nombor. Squeegee yang memiliki bacaan 60 "Durometer" adalah lebih lembut daripada bacaan 95 "Durometer". Semakin rendah angka "Durometer" bermaksud squeegee itu dari jenis yang lembut dan hasilnya jumlah dakwat akan lebih banyak masuk melepasi jaring. Manakala Semakin tinggi angka "Durometer" bermaksud lebih keraslah squeegee tersebut dan jumlah dakwat pula akan kurang masuk melepasi jaring. Dengan pengetahuan ini ia dapat membantu anda untuk memilih tahap kekerasan squeegee yang betul dan akan membantu anda mengoptimumkan hasil cetak. Dengan kemahiran ini juga akan membantu anda untuk memilih squeegee yang betul  untuk permukaan substrat yang kasar atau halus. ("substrat" adalah nama teknikal untuk bahan yang sedang dicetak.) Untuk permukaan kasar hendak dicetak, anda memerlukan squeegee lembut secara umum dan substrat licin memerlukan squeegee lebih keras untuk menghasilkan hasil yang terbaik. Selain itu juga squeegee yang memiliki “Durometer” yang paling keras akan lebih tahan kepada bahan kimia , dakwat dan pelarut lain. Squeegee yang memiliki durometer keras memerlukan kepada tekanan yang lebih dan memendekan jangka hayat jaring skrin percetakan.





2 - Perkara kedua yang perlu anda ambil berat adalah faktor "Bentuk" bilah squeegee. Keadaan bilah squeegee yang baik memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan hasil cetakan yang kemas dan jelas. Bagi squeegee yang berbentuk Segi empat tepat adalah sesuai untuk banyak percetakan keatas semua jenis permukaan rata. Untuk majoriti percetakan keatas permukaan botol atau lain-lain barangan berbentuk silinder, squeegee berbentuk "V" amat bagus digunakan. Bilah squeegee berbentuk "V” ini boleh mengawal aliran dakwat apabila digunakan keatas jaring yang halus untuk mendapatkan kualiti resolusi cetakan yang baik manakala Bilah Squeegee yang tumpul atau bulat akan menolak masuk lebih dakwat kedalam jaring percetakan dan akan menyebabkan lelehan. Namun terdapat satu lagi jenis squeegee yang berbentuk  bulat . Bentuk ini akan meninggalkan dakwat yang banyak dengan resolusi Kurang . Ini bermakna ia akan mencetak dakwat lebih tetapi tepi kawasan cetak akan kurang tajam. Terdapat apa yang dikenali sebagai "Dual Durometer". dan "Triple Durometer". "Dual Durometer" dan "Triple Durometer". Kedua-dua jenis squeegee ini menggabungkan dua dan tiga jenis tahap kekerasan Squeegees yang berbeza menjadi satu.



3 – Pekara ketiga yang penting dimana ramai pencetak skrin terlepas pandang adalah kaedah yang betul untuk memilih panjang squeegee yang bersesuaian mencetak substrat. Ini adalah satu lagi pekara asas dimana ramai orang gagal mengenalpastinya. Squeegee yang lebih panjang menghasilkan geseran antara jaring dan bilah squeegee. Sqeegee yang terlalu panjang akan menyebabkan ganguan "Registration" dan herotan keatas jaring skrin. Ia bukan sahaja akan memberi kesan buruk keatas "Registration" tetapi juga menggangu kemasukan dakwat melalui lubang jaring secara konsisten. Sebagai panduan ringkas,panjang squeegee yang bersesuaian untuk skrin percetakan adalah apabila diletakan dibahagian tengah Skrin pastikan terdapat ruang tidak kurang dari "1" inci di setiap bahagian sisi skrin percetakan.






Panduan Penjagaan Squeegee 

Penjagaan dan penyelenggaraan yang betul keatas Squeegees sangat membantu untuk mengekalkan keupayaanya dalam menjalankan fungsinya. Ramai pencetak mengabaikan keadaan Squeegees mereka. Di dalam perkerjaan percetakan skrin, mempunyai peralatan yang berkeadaan baik a boleh membantu anda membuat cetakan berkualiti tinggi, mudah dan konsisten. 


Menjaga squeegee dengan kaeadah pembersihan dan cara penyimpan yang betul akan membuatkan kerja-kerja percetakan skrin anda lebih mudah dan lebih cepat. Squeege yang mempunyai permukaan bilah yang kasar, bergigi, tidak bersih akan menyebabkan hasil cetakan yang kurang memuaskan. Squeegees juga perlu kerap dibersihkan selepas setiap kali digunakan dengan mencuci dakwat yang melekat pada bilah squeegee. Membiarkan Squeegees dalam dakwat  atau pelarut akan merosot keupayaanya dan merosakkan mereka dari masa ke masa. Untuk Rubber Die berasaskan air, Bilah boleh dicuci menggunakan air sahaja. Selepas dicuci, biarkan squeegee kering ditempat yang terlindung dari cahaya matahari, kerana ini akan menyebabkan memendekan jangka hayat squeegee.


Percaya atau tidak Squeegees ''Urethane'' diperbuat daripada bahan-bahan yang boleh menyerap. Ia boleh membengkak dan merosot dengan pendedahan yang berpanjangan kepada dakwat atau bahan kimia lain. Itulah sebabnya ia adalah sangat penting untuk membersihkan Squeegees selepas kerja percetakan dan disimpan ditempat dan cara yang betul setelah digunakan.

Cara yang baik adalah dengan menggunakan squeegee berbeza setiap hari untuk tugas mencetak kedai anda. Sebagai contoh anda boleh menggunakan menggunakan satu pada hari Isnin dan kemudian tukar squeegee yang lain pada hari Selasa dan seterusnya. Bertukar giliran Squeegees mereka bukan sahaja akan memanjangkan jangka hayat tetapi ia juga akan meningkatkan kepantasan kerja-kerja percetakan skrin. 


2 ulasan:

  1. Trimakasih atas perkongsian ilmu. Cukup bermakna untuk sy dan org2 yg baru nak cuba/start dlm perniagaan cetak baju.

    BalasPadam
  2. Trimakasih atas perkongsian ilmu tuan Cukup bermakna untuk sy dan org2 yg baru nak cuba/start dlm perniagaan cetak baju. Sebaik2 manusia adalah yg memberi manfaat kpd org lain. Semoga.tuan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.

    BalasPadam