06 Disember 2013

[ Tip untuk Menetapkan Sasaran - Cara Menetapkan Sasaran ]

"Gagal Merancang Bermakna Merancang Untuk Gagal"

Berapa banyak t -shirt yang anda rancang untuk dijual pada tahun ini? Bagaimana kira-kira sebulan ini atau minggu ini? Ramai orang baru untuk menceburi perniagaan tidak mempunyai idea, atau hanya tidak pernah nak ambil tahu pun. Ada juga kumpulan orang-orang yang terlalu takut untuk menetapkan matlamat kerana takut bahawa mereka tidak akan capai. Kenapa Ini Berlaku ?. Sebabnya ramai antara kita tak tahu Cara Menetapkan Sasaran.




Sebuah perniagaan boleh berjaya apabila mereka ada matlamat “Target”, untuk mencapainya, anda mesti ada "Cara menetapkan sasaran" dan mempunyai idea yang kukuh tentang apa yang ingin anda capai. Tetapkan matlamat dan percaya kepada keupayaan anda untuk sampai. Apa yang anda fikir, Apa yang anda cakap apa yang anda rasa, itu adalah DOA: jika anda yakin yang anda akan Berjaya, anda pasti berjaya. 
Hukum Tarikan adalah satu hukum Allah yang menyatakan bahawa “kita menarik apa yang kita fokuskan”.



Menurut sains, setiap benda terdiri dari atom yang mempunyai elektron. Semua elektron mengelilingi atom pada orbit dan frekuensi yang tertentu. Frekuensi (getaran) yang sama akan menarik perkara yang mempunyai frekuensi yang sama. 

Apabila dikaji, hukum ini menepati hukum Allah swt, seperti yang dinyatakan oleh Hadith Qudsi berikut:

“Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku. Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).

Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith Qudsi di atas, Allah menyatakan bahawa Dia akan bertindak sama dengan sangkaan hamba-hambaNya. Jika hamba-hambaNya bersangka baik terhadapnya, maka Allah akan memberikan perkara yang baik-baik kepada hambaNya itu. Sebaliknya, jika hamba-hambaNya bersangka buruk terhadapNya, maka Allah akan menganggap ia sebagai satu doa dan mengabulkan doa-doa itu sesuai dengan permintaan hamba-hambaNya.




Jika anda membuat keputusan dari hari ini bahawa anda akan menjual 10 t -shirt setiap hari, dan percaya dalam perniagaan anda, anda pasti memikirkan cara untuk mencapainya. Jika anda tidak menetapkan matlamat, dan sudah tentu, anda akan terperangkap dengan kegagalan.



Salah satu cara menetapkan sasaran yang  terbaik untuk menetapkan matlamat perniagaan adalah dengan memberi tumpuan kepada apa yang anda mahu capai. Ini akan meletakan anda dalam kedudukan lebih lebih fokus kepada apa yang anda rancang dan bergerak menuju idea-idea anda ke dalam dunia sebenar. Dalam erti kata lain, apabila anda memulakan setiap tugas atau projek, pastikan anda begitu jelas tentang arah destinasi yang dikehendaki dan kemudian fokus kepada matlamat tersebut dan mencari cara bagaimana anda untuk menjadikan perkara tersebut menjadi kenyataan.




"Cara Menetapkan Sasaran" atau Matlamat Dalam perniagaan tshirt:


Pekara utama dalam perniagaan t-shirt adalah menetapkan sasaran jualan T shirt anda atau “Goal setting”. Anda perlu tahu apa yang hendak dicapai dalam perniagaan T-shirt ini. Salah satu kaedah terbaik untuk menetapkan matlamat adalah Kaedah “SMART / PPBRT” kaedah, yang bermaksud:




S - Specific / Pengkhususan ;

" Siapa ", " Apa ", " di mana ", " Bila" dan " Mengapa"

M - Measurable / Pengukuran ;

Boleh diukur dalam nombor atau jumlah tertentu; Cth 100, 500 atau 1000 helai

A - Achievable / Boleh Dicapai ;

Mudah untuk dicapai dengan usaha yang dilakukan

R - Realistic / Realistik ;

Munasabah berdasarkan dengan apa sumber yang anda ada.

T - Time Bound / Timeline / Tempoh masa ;

Mempunyai had tarikh atau masa untuk anda capai; Sehari, Seminggu, Sebulan atau Setahun.




Contoh ;
''Saya Ingin Mencapai jualan Tshirt sebanyak 500 helai setiap bulan bermula pada bulan Januari 2014''

Salah satu aspek yang paling penting daripada SMART/PPBRT adalah singkatan 'R' untuk “Realistic”. Anda perlu menetapkan matlamat yang munasabah dicapai dengan sumber yang anda ada pada ketika itu.



Sebagai contoh, katakanlah anda menetapkan matlamat untuk menjual 2000 helai t- shirt pada bulan pertama. Adakah ini mudah dicapai? Anda mungkin merasakan ia tidak mudah dicapai, Ini akan melemahkan semangat anda untuk meneruskan perniagaan dan mungkin tidak bermotivasi untuk mencapai matlamat itu. Berbanding jika anda menetapkan matlamat untuk mencapai jualan 30 helai t -shirt pada bulan pertama, Ia boleh memberikan anda inspirasi untuk terus melakukanya.



Kami tidak boleh menetapkan berapa jumlah jualan yang ideal untuk anda sasarkan pada peringkat permulaan. Ianya bergantung sepenuhnya kepada keupayaan anda sendiri tetapi sebagai permulaan, matlamat penjualan sekurang-kurangnya 30 helai tshirt dalam sebulan adalah munasabah dan boleh memberikan inspirasi untuk anda terus melakukanya. Ia bermaksud anda perlu menjual sehelai baju setiap hari.



Sudah tentu tiada apa yang “Gah” dengan kejayaan anda menjual 30 helai t -shirt sebulan tetapi apabila anda berjaya mencapai matlamat yang mudah ia akan memberi anda momentum dan keyakinan yang optima untuk anda meletakkan sasaran penjualan yang lebih tinggi setiap bulan. Dengan itu secara tidak lansung untuk menjual 2000 helai t-shirt dalam masa sebulan bukan lagi sesuatu yang mustahil pada masa yang akan datang.



Berikut adalah beberapa soalan yang perlu dipertimbangkan apabila menetapkan matlamat untuk perniagaan anda:




1) Berapa banyak t-shirt yang anda mahu jual pada bulan ini?

2) Berapa banyak ejen pemasaran anda perlukan atau berapakah tempat jualan untuk t-shirt akan diletakan?

3) Berapa Expo perdagangan yang ingin anda sertai untuk mempromosikan perniagaan anda 6 bulan dari sekarang?

4) Apakah promosi pemasaran yang ingin anda gunakan 6 bulan dari sekarang?



Keempat-empat persoalan di atas adalah mencukupi pada peringkat permulaan untuk anda bekerja di landasan yang betul. Pastikan anda menulis atau menaip matlamat anda agar ia lebih mudah diingati dan bekerja ke arah sasaran tersebut. Semoga post mengenai "Cara Menetetapkan Sasaran" dapat membantu anda. 

1 ulasan:

  1. Trimakasih atas perkongsian ilmu tuan. Cukup bermakna untuk sy dan org2 yg baru nak cuba/start dlm perniagaan cetak baju. Sebaik2 manusia adalah yg memberi manfaat kpd org lain. Semoga tuan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.

    BalasPadam