"Dye Ink"
merupakan cecair pekat yang berperanan sebagai pewarna kepada grafik t-shirt.
Dye yang dikhususkan untuk pencetakkan t-shirt adalah fabrik dye.
Terdapat 5
jenis dye yang biasa digunakan untuk mencetak t-shirt:
1. TC Dye
2.
Rubberise FD
3. Emboss
Dye (Special Effect Dye)
4.
Plastisol Dye
5. Florescent
Dye TC / FD
Bagaimana nak cara nak Memilih Die yang sesuai? Apa "Panduan Memilih Die" Yang boleh saya gunakan. Mungkin mmaklumat dibawah ini sesuai untuk anda.
TC Dye Ink
TC Dye
merupakan dye yang termurah dan sangat ekonomi. Biasanya ia dikunakan untuk
mencetak baju sukan sekolah. Dye jenis in hanya sesuai untuk baju yang berwarna
putih atau cerah sahaja. Untuk baju baju yang berwarna hitam tidak boleh
digunakan.
Disebabkan
ia menyerap kedalam benang, warnanya akan kekal pada benang fabrik dan tidak
mudah luntur. Oleh yang demikian ia perlu dikeringkan dengan heat press atau
sterika selepas dicetak. Ia bertujuan untuk mengekalkan dye pada benang. Dye
jenis ini banyak dijual dipasaran. Anda dinasihatkan mendapat TC dye yang berkualiti
terus daripada pembekal dye t-shirt selain yang dijual dikedai alat tulis.
Bagi yang
baru berjinak-jinak atau ingin mencuba mencetak t-shirt, dye jenis ini adalah
sesuai untuk anda. Ia mudah digunakan dan harganya murah. Kualitinya juga
tidaklah mengecewakan. Disebabkan oleh Viscosity yang rendah (Lebih Cair) ia
juga boleh digunakan untuk teknik "Halftone" satu warna dengan
menggunakan jaring yang lebih halus.
Rubber
Dye Ink
Ini
merupakan Dye yang popular selalu digunakan secara meluas oleh
pencetak-pencetak t-shirt. Ia digunakan oleh pencetak separuh mahir dan mahir kerana
biasanya dijual di dalam bekas plastik 1 kg tidak dapat dibeli dalam jumlah
yang sedikit. Ia diperbuat daripada dye getah dan memberikan kesan menarik dan
juga kelihatan
seperti sticker apabila dicetak di atas t-shirt. Ia tidak ada masalah untuk
digunakan di atas t-shirt terang atau gelap.
Anda perlu
mencetaknya sebanyak dua kali. Cetakkan pertama perlulah dicetak
dengan dengan warna putih iaitu sebagai "Under base" dan diikuti
dengan cetakkan
kedua iaitu warna yang anda kehendaki. Jika anda mahu imej berwarna putih maka
anda perlu mencetak dye putih sebanyak dua kali juga.
Perhatikan dalam contoh ini bagaimana dakwat bukan plastisol biasa akan menembusi kain dan menukar benang fabrik kepada warna baharu.
Ada pengusaha
pencetakkan t-shirt yang menggunakan dye berwarna yang sama
sebagai "Under base". Contoh; jika anda inginkan imej berwarna biru
untuk dicetak, maka dye biru akan dicetakan sebanyak dua kali. Menurut pengalaman
yang telah lepas,warna tersebut agak kurang terang dan kurang menyerlah
berbanding jika meletakkan "Under base" putih pada t-shirt. Anda
boleh lakukan sendiri untuk kepastian dan lihatlah perbezaannya.
Walaubagaimanapun,
penggunaan "Under base" warna yang sama tidaklah memberi perbezaan
yang terlalu ketara dan masih boleh diterima. Antara sebab pengusaha pencetak
t-shirt amat gemar menggunakan kaedah ini kerana ia mudah dan menjimatkan masa
kerana tidak perlu untuk menukar blok skrin warna. Proses petukaran warna
memerlukan kita mencuci dye putih pada blok sebelum menyapu dye warna lain pada
blok. Jadi terpulanglah kepada anda untuk menentukanya. Rubber Dye ini boleh
kering didalam udara terbuka.
Plastisol Dye
Pada 1959, plastisol, satu dakwat yang
lebih tahan lama telah direka, dan membolehkan lebih banyak pilihan dibuat.
Dakwat Plastisol
adalah diperbuat dari PVC (Polyvinyl chloride) Dakwat
Plastisol digunakan sebagai dakwat percetakan keatas tekstil. Plastisol adalah "Thermoplastic"
yang mana ia memerlukan suhu yang mencukupi (150-170 darjah celcius) untuk
menjadikan molekul resin PVC dan pemplastik "Plasticizer" untuk
bersatu atau mengeras. Inilah yang merupakan kekurangan dakwat jenis ini. Ini
bermakna anda memerlukan "Convayer Oven" atau "Flash dryer"
sebagai alat tambahan. Di sinilah timbulnya isu kos yang tinggi untuk
menggunakan dakwat jenis ini.
Kelebihan dakwat
Plastisol pula ialah tidak mudah kering walaupun jika terdedah kepada udara terbuka
pada satu tempoh jangkamasa. Dakwat terdiri daripada zarah PVC yang dipegang
dalam emulsi liat dan tidak akan kering jika dibiarkan di skrin untuk jangka
panjang. Walau bagaimanapun, dakwat ini
sering dianggap lebih mudah untuk digunakan kerana ia tidak akan kering pada
skrin semasa percetakan sekaligus mengelakan masalah skrin tersumbat. Dakwat
Plastisol adalah juga diketahui mempunyai warna yang terang, liputan, dan
ketahanan.
Dakwat
plastisol dan memerlukan penggunaan kiraan jaring yang berbeza untuk
mendapatkan hasil yang optimum. Plastisol
adalah dakwat yang paling biasa digunakan untuk mencetak reka bentuk ke atas fabric
pakaian, dan amat sesuai untuk mencetak grafik keatas kain gelap. Ia boleh
digunakan kaedah "Wet on Wet" dimana ia membolehkan anda meningkatkan
kelajuan proses percetakan anda
Kepada
yang ingin menggunakan dakwat Plastisol, digalakkan untuk mencetak pada kain
berwarna. Pada kain Cotton, plastisol adalah sangat tumpat dan boleh
mengekalkan imej yang terang selama bertahun-tahun dengan penjagaan yang betul.
Dakwat plastisol yang dikeluarkan hari ini adalah lebih mesra alam sekitar,
selamat dan mematuhi peraturan-peraturan alam sekitar yang ditetapkan
dikebanyakan negara maju.
Gambarajah bagaimana plastisol akan masuk ke dalam lompang dan sekitar benang dan, apabila kering sepenuhnya.
Emboss Dye
Emboss Dye
digunakan untuk membuat cetakan timbul. Ia
adalah sejenis dye getah juga tetapi telah dicampurkan dengan dye foam dimana
apabila dipanaskan dengan "Heat Press" atau Seterika ia akan memberi tindakbalas iaitu kesan
timbul. Emboss merupakan bahan penaik yang menjadikan rubber dye
timbul pada permukaan kain atau design baju. Ia
juga tidak mempunyai masalah untuk digunakan pada t-shirt yang cerah atau
gelap. Kosnya adalah lebih tinggi daripada rubberise dye.
Untuk mendapatkan
cetakan timbul emboss dye perlu dicampur dengan rubber dye terlebih dahulu dan
kaedah campuran adalah 7 "Rubber dye" 3 "Dye foam" atau 8 "Rubber dye" 2 ''Dye foam'' Ratio in boleh dikurang atau
ditambah mengikut .cetakan timbul memerlukan Dua kali cetakan atau dua kali
lapis , selepas cetakan kering tekan dengan mesin heat press atau sterika
bersuhu sederhana barulah cetakan tadi timbul dengan rata.
Florescent
Dye
Ia
kelihatan lebih terang, menyerlah dan bersinar (striking). Dakwat jenis ini
terdapat didalam dua jenis iaitu TC dan Ruberise. Dye jenis ini agak kurang digunakan. Anda boleh mengadunkan ke
semua jenis dye ini di dalam suatu t-shirt untuk menghasilkan cetakkan yang
lebih menarik dan kreatif.
Mungkin Anda Berminat Untuk Mendapatkan:
Tshirt I Am Murah
T-shirt-murah RM9.90
Trimakasih atas perkongsian ilmu tuan. Cukup bermakna untuk sy dan org2 yg baru nak cuba/start dlm perniagaan cetak baju. Sebaik2 manusia adalah yg memberi manfaat kpd org lain. Semoga tuan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.
BalasPadamSama-sama. Kami sekadar berkongsi ilmu. Semoga Ilmu ini memberikan manfaat kepada Tuan
BalasPadamTuan, sy nk tya ttg dye yg mana bila kita cetak pd t-shirt, cetakan seolah2 serap pd t-shirt..tp ia digunakan pd t-shirt yg gelap..cetakan tak timbul spt rubber dye..sy nk tya dye jenis ape tu?tc dye utk bj yg cerah je kan?klu rubber dye, dia akn timbul pd permukaan t-shirt kan?ke dia lebih dsbbkan oleh design kita?ke mcm mana?
BalasPadamrasanya discharge tu,pkai discharge ink dan discharge agent
Padamassalam ... kegunaan jenama ink terbaik bagi mesin DTG
BalasPadamassalam ... kegunaan jenama ink terbaik bagi mesin DTG
BalasPadamDi mne blh dptkan ink tu yea
BalasPadamDi mne blh dptkan ink tu yea
BalasPadam