24 Ogos 2014

[5 Tip Bisnes Printing Tshirt - Panduan Bisnes Printing Tshirt ]


Terfikir untuk memulakan perniagaan printing Tshirt, Tapi tak tahu dimana nak bermula. Jangan bimbang......mungkin 5 #tip  ini boleh membantu anda.

Untuk memulakan bisnes printing Tshirt sendiri mungkin kedengaranya agak sukar pada pemikiran sesetengah orang. Walaupun begitu trend untuk membuka perniagaan printing Tshirt semakin meningkat dan ia bukanlah lagi rahsia. Kos perbelanjaan untuk membeli peralatan, Kos Bahan Mentah, kos nak buat meja printing, Kos Overhead, lepas tu pulak nak belajar perkara-perkara yang melibatkan hal-hal teknikal yang menyebabkan anda kerugian dari segi Try & Error. Bila banyak sangat nak fikir maka hajat pun terbantut – Pening arrr tapi tengok orang buat ok jek. 



Persolan pertama yang bermain di minda anda untuk membuka perniagaan "printing Tshirt" adalah, adakah anda perlu membuka kedai atau tidak. Bagi saya Ya dan Tidak. Membuka Kedai Printing Tshirt dan menjalankan perniagaan Printing Tshirt adalah 2 pekara yang berlainan. Kebanyakan dari mereka yang ingin berkecimpung dalam perniagaan tidak paham perbezaan ini.

Akibatnya, ada yang terperangkap dalam situasi di mana mereka mengeluarkan modal berbelas malah berpuluh ribu ringgit, bagi membuka kedai Printing Tshirt semata-mata lepas tu tak cukup modal pusing untuk buat marketing. Apabila kita membuka perniagaan printing Tshirt , tidak semestinya kita perlu membuka kedai. Banyak bisnes dijalankan tanpa membuka kedai. Saya dulupun bermula dari rumah. Gunakan modal yang dah ada untuk buat modal pusing dan marketing.

Jadi, biar kami kongsikan beberapa Tip Percuma bagaimana anda boleh buat duit dengan bisnes printing T-shirt tanpa memerluka modal yang besar. Menjalankan perniagaan ini bermaksud, anda menyediakan perkhidmatan / servis printing Tshirt yang anda berikan pada orang ramai. Terdapat pelbagai pilihan dalam perniagaan printing Tshirt ini. Yang paling popular dan mudah adalah Silkscreen printing keatas Tshirt. Jadi fokus pada satu ini dulu


Potensi bisnes ini sangat luas. Permintaan terhadap perkhidmatan ini sentiasa meningkat setiap tahun. Pelanggan yang datang pula adalah daripada pelbagai latar belakang. Jika anda mahu mulakan perniagaan printing t-shirt, antara Niche yang boleh anda berikan tumpuan:

· Badan Kerajaan

· Badan Swasta

· Sekolah & Institusi Pengajian Tinggi

· Kelab & Persatuan

· Lain-lain

Dalam perniagaan printing t-shirt , anda boleh memperolehi keuntungan minima mungkin sekitar 30% sehingga ada juga yang menjangkau lebih 100%. Bagi saya sudah cukup tinggi sebab kita hanya mulakan bisnes t-shirt tanpa modal ribuan ringgit. Quantity adalah menjadi pekara Pokok dalam perniagaan Printing Tshirt.Lebih tinggi kuantiti tempahan, lebih murah harga yang pembekal boleh beri, lebih tinggi untung yang kita boleh dapat. Jika anda untung sehelai RM 10 dan tempahan anda mendapat tempahan 1000 helai setiap bulan. Bersamaan RM 10,000 sebulan


5 Tip Percuma | Panduan mudah nak buka Bisnes Printing Tshirt



Tip #1 - Memulakan perniagaan Printing Tshirt ini kita seharusnya perlu mendapatkan ilmu dan maklumat terlebih dahulu. Lakukan Penyelidikan dan sedikit kajian tentang permintaan pasaran dan Niche. Jadi disinilah kenapa maklumat itu perlu sebelum memulakan sebarang perniagaan. Jangan buta buta buat tanpa ilmu, kelak sesat dihujung jalan. 4 Pekara Asas yang perlu dilihat pada peringkat ini adalah:

· Niche

· Pembekal Perkhimatan

· Kos

· Platform Marketing - Off Line, Online

Tip #2-TIDAK PERLU Modal yang Besar - Saya bermula tanpa modal. Perniagaan "printing Tshirt" ini boleh bermula tanpa modal. Rahsia bagaimana anda boleh bermula TANPA modal langsung adalah dengan menjad Agen. Saya bermula sebagai agen. Kelebihanya adalah:
  • · TIDAK PERLU Kemahiran Teknikal – Anda tak perlu pening pening nak fikir pasal nak beli peralatan untuk printing Tshirt, maka kerja-kerja teknikal tidak diperlukan langsung. Jadi anda boleh simpan modal untuk tujuan membesarkan perniagaan ini pada masa akan datang
  • · Anda boleh mula secara Part Time, Free Lance - Jadikan Perniagaan printing Tshirt ini sebagai second income dan anda tak perlu berhenti kerja. Sebabnya anda boleh mulakan secara sambilan dahulu dan hanya bermula dari rumah. Tidak perlu untuk tunggu lama. Lebih cepat untuk anda mula, lebih tinggi peluang untuk buat duit.

Tip #3- Cari Mentor atau Tok Guru. Belajar dari mereka-mereka yang telah berada dalam perniagaan ini. Saya sendiri belajar dari ramai orang. Mungkin anda terfikir-fikir ada ke orang nak ajar buat bisness printing Tshirt ni? Jawapan segera dari saya – "ADA" ramai orang yang nak ajar ilmu perniagaan printing Tshirt ini. Yang tak ada adalah “Kesungguhan” orang yang nak belajar perniagaan "printing Tshirt" tu sendiri. Ini yang biasa dan ramai saya jumpa. Mula-mula nak belajar lepas bila mintak bagi komitment ada yang mula give-up. Kalau orang dah ajar dan kita dah pandai kita jangan sombong pulak dengan mereka. Sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka yang telah mengajarkan kita satu ilmu atau Infak kat mana-mana surau atas nama orang yang mengajar kita.

  • Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata `aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

(Shahih Muslim no. 2733)



Tip #4-Jangan Nak cepat Untung. Bermula dengan apa yang ada ditangan atau modal kecil. Perniagaan Printing Tshirt ini adalah satu perniagaan rantaian. Saling bergantung antara satu sama lain. Pembekal pun nak cari untung anda pun nak cari untung. Jangan tekan harga kepada pembekal perkhidmatan printing Tshirt semata-mata nak cari untung lebih. Dia orang ni pun ada kira-kira Nak bayar gaji Designer, Nak Bayar gaji tukang Print, Nak bayar sewa Kedai, Bil Ultiliti dan sebagainya. Point penting disini anda jangan nak untung seorang. Kalau untung sikit-sikit masa mula-mula tu biasa lah jangan patah semangat.

Tip #5-Bersabar. Buat perniagaan printing Tshirt printing kena banyak bersabar dengan macam kerenah pelanggan. Kadang-kadang Tanya soalan kat whatapps betalu-talu tengah malam pas tu senyap. Saya pegang macam ni je lah itu bukan rezeki kita, anggapkan masa yang kita luangkan untuk bagi maklumat tu sebagai amal jariah. Sememagnya hukum alam memang macam tu. Bak pepatah Inggeris “Some Want, Some Wont, So What? NEXT”, Ini dipangil hukum rata-rata, Ada yang nak, ada yang tak nak. Jadi kekal Fokus…pada apa yang kita sedang buat.


Jadi, ni ada 5 tips ringkas dan penting yang anda boleh pakai kalau korang nak mula buat duit dengan perniagaan printing Tshirt ni. Kalau nak cerita satu-satu saya kena tulis buku la pulak...


1 ulasan:

  1. A'salam.. Sye nk sngat menambah kn pendapatan bulanan sye. Sye berminat dgn jualan tshirt,kerna dgn style nye yg tersendiri. Sye sendiri suka memperaga kn tshirt. Tp sye x tau nk mula kn dari mne.

    BalasPadam