31 Ogos 2014

[4Tip Mudah Sulaman Baju - Panduan Asas Sulaman Logo]


Seni sulam adalah salah satu dari cabang seni. Sulaman adalah satu seni yang sangat cantik dan kenyataan ini tidak boleh dinafikan. Seperti mana-mana bentuk seni yang lain, Sulaman boleh bergabung dengan sempurna dengan kebanyakan bahan fabrik dan proses.

Dengan memahami kelebihan dan kekurangan kaedah sulaman logo yang betul , anda akan menjadi lebih yakin apabila membuat tempahan Tshirt bersulam. Beberapa panduan yang kami akan kongsikan, bakal membantu  anda dalam memiliki pengetahuan asas yang mencukupi dari peringkat penyediaan artwork, pemilihan fabrik, pemilihan benang dan hinggalah kepada peringkat membuat tempahan.







[Artwork Sulaman]


Secara asasnya kebanyakan pembekal perhidmatan sulaman logo boleh menerima sebarang jenis bentuk artwork untuk disulam keatas fabrik pakaian. Point penting disini adalah - lagi bagus kualiti artwork yang diberikan maka hasil sulaman yang dihasilkan akan lebih baik. Proses menukar fail digital arwork kepada sulaman dipanggil "digitizing". Proses digitizing ini merupakan proses melukis semula logo atau design menjadi jahitan didalam perisian sulaman . Lagi Jelas dan lebih tepat sesuatu fail digital yang diberikan, lagi tepatlah proses perletakan jahitan dalam perisian sulaman. Seterusnya membolehkan "Digitizers" memindakan fail tersebut kepada mesin Sulaman.


[Format Artwork Yang Sesuai untuk "Sulaman logo"]


Selalunya kami banyak mendapat pertanyan dari pelanggan terutamanya pelangan baru melalui email dan whataps, apakah format yang sesuai untuk proses sulaman. Format yang sesuai adalah samada Ai, Pdf, eps atau yang lebih beresolusi tinggi seperti Psd, tiff, eps dan jpg. Anda boleh memberikan sebarang format lain mungkin dalam bentuk excel atau words, Cuma kebarangkalian yang mungkin akan timbul adalah mukin ada sedikit charge yang akan dikenakan oleh sesetengah syarikat untuk melukis atau menghasilkan semula imej digital yang lebih bersih untuk proses digital.




Sekiranya logo anda melibatkan tulisan pastikan tulisan tersebut tidak terlalu kecil sangat, sekurang-kurangnya 5mm.Tulisan yang terlalu kecil akan menyebabkan sulaman logo anda kelihatan bersepah dan berhimpit-himpit. Sebarang butiran halus agak susah sikit untuk diterjemahkan kepada bentuk kepada sulaman. Sebarang persoalan dan pertanyaan boleh diajukan kepada pembekal anda. Mereka pasti boleh membantu anda untuk mendapatkan membuat penyesuaian semula untuk memastikan sulaman logo yang dihasilkan dipertingkatkan dan berkualiti tinggi.


[Jenis Fabrik yang Sesuai untuk Sulaman]


Sebelum kita menyentuh lebih jauh tentang jenis kain yang sesuai untuk sulaman, ada satu bahan lagi yang anda perlu tahu bagi memastikan sulaman yang dihasilkan stabil dan kemas. Bahan tersebut adalah Backing atau penyokong. Backing adalah kain khas yang digunakan sebagai asas atau dasar untuk menstabilkan sulaman. Fabrik secara asasnya bersifat lembut dan mudah lentur (Fleksible) dan memerlukan sokongan. 




Bagi tujuan tersebut, Backing atau pelapik diperlukan untuk mengukuhkan bahagian belakang sulaman logo anda. Terdapat pelbagai jenis Backing atau pelapik untuk tujuan yang berbagai. Ketepatan memilih bahan backing akan mempengaruhi hasil akhir "sulaman logo" anda. Penggunaan backing atau pelapik sulam yang salah akan menyebabkan peningkatan kos. Jadi pilih backing yang memiliki ciri-ciri yang;

· Stabil.

· Tahan tebuk.

· Pengunaan mengikut pengkhususan.

· Mudah dicuci dan dikeringkan.


Toksah pening-pening, anda tidak perlu menjadi pakar dalam pemilihan backing yang sesuai untuk sulaman fabrik anda. Kami pasti pembekal perhidmatan sulaman anda sangat mahir dalam hal ini. Biarkan mereka lakukanya untuk anda. Cuma dengan sedikit pengetahuan yang anda ada ia sebenarnya dapat membantu anda terutama berurusan dengan pembekal. Backing atau pelapik didatangkan dalam dua warna iaitu Backing Hitam untuk pakaian gelap manakala warna putih untuk pakaian yang berwarna cerah




Boleh dikatakan hampir kesemua jenis fabrik boleh disulam. Semuanya terletak kepada kemahiran pembekal bagi memastikan fabrik dan backing yang dipilih adalah sesuai dan menghasilkan sulaman yang terbaik untuk sebarang jenis fabrik yang dipilih.

Fabrik yang terlalu nipis atau jarang seperti Sutera, Rayon atau Tshirt yang terlalu nipis kurang sesuai untuk tujuan sulaman. Lubang dari kesan jarum jahitan akan jelas kelihatan diatas fabrik yang halus. Backing atau pelapik juga akan kelihatan dengan ketara diatas fabrik dari jenis ini terutama jika fabrik tersebut adalah berwarna putih atau cerah.


[Jenis-jenis Benang untuk Sulaman]


Terdapat 2 jenis benang yang biasa digunakan untuk sulaman logo. Ia adalah dari jenis Rayon dan polyester. Setiap satu jenis memiliki kelebihan masing-masing dan dipilih mengikut logo, design dan jenis fabrik yang hendak dijahit.



[Rayon]

Benang Rayon Berkilat dan lembut. ia mempunyai kemasan lembut dan yang terbaik untuk pakaian seperti Baju Koperat, Baju Polo.

[Polyster]

Benang dari jenis polyester pula kurang berkilat tetapi lebih tahan lasak dan kuat serta tahan lama. Ia kerap digunakan keatas pakaian uniform dan pakaian sukan. Ia tahan peluntur, bahan pencuci dan air panas.



Pada kebiasaanya designer atau Grapic artis akan merujuk kepada carta "Warna Pantone" apabila memilih warna benang yang bersesuaian untuk logo dan artwork untuk sulaman. Ia bertujuan untuk mendapatkan padanan yang paling hampir dengan warna pada carta pantone. Ia perlu dilakukan , memandangkan tidak semua warna benang akan terdapat pada carta pantone.


Selain dari warna-warna biasa, terdapat juga benang yang dikeluarkan dalam warna khas antaranya ialah Metalik, Pelangi, "Colour-Changing", "Reflective", "Neon" dan juga "Glow in the Dark".





[Jenis-jenis jahitan dalam Sulaman]


Untuk kaeadah sulaman, terdapat 3 jenis jahitan yang digunakan dalam sulaman logo. Setiap satu jenis sulaman memiliki fungsi yang berlainan dan kelihatan berlainan antara satu sama lain.



Satin Stitch- Secara umumnya jahitan jenis ini digunakan untuk Tulisan dan jahitan Luaran design. Untuk jahitan jenis ini ia memiliki kekukuhan dan serta kekemasan.



Fill Stitch-Jahitan jenis Ini adalah yang paling praktikal diantara kesemua jahitan. Ia sangat efisen dan ekonomi untuk menutup kawasan jahitan yang luas. Jahitan jenis ini juga digunakan untuk menghasilkan asas atau dasar kepada Fabrik yang terlalu nipis atau jarang seperti Sutera dan Rayon untuk mendapatkan jahitan uang lebih terperinci. Seperti mana  "Sulaman Logo "JDT diatas, outline bahagian luar dan tulisan Johor menggunakan
Satin Stitch manakala bahagian tengah menggunakan Fill Stitch.




Walking Stitch-Jahitan jenis ini akan digunakan bilamana sesuatu design sulaman logo memerlukan ketelitian. Jenis jahitan ini lazimnya kelihatan seperti rupa garis putus-putus jahitan tangan. Ia juga kadang-kadang dipanggil sebagai Running Stitch. Sila Rujuk Gambar dibawah






Secara umumnya sulaman Logo akan melibatkan gabungan ketiga-tiga jenis jahitan yang disebutkan diatas.

Setiap satu logo atau desigan diatas sekeping fabrik yang berlainan akan menyajikan senario baru dalam sulaman. Ia memerlukan dsigner, digitizer dan operator yang memiliki kepakaran dan pengalaman yang bertahun lamanya untuk mempelajari teknik sulaman logo yang bermutu tinggi. Anda dikira amat bertuah sekiranya dapat memanfaatkan kepakaran mereka dan tidak perlu untuk menghabiskan masa untuk melakukan penyelidikan atau mempraktikan teknik sulaman.

Kami kira anda juga anda antara sebahagian dari mereka yang bertuah itu kerana menemui dan dapat membaca artikel ini. Harapan kami agar perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda juga. Wassalam



Hubungi kami di tprintrepublic@gmail.com untuk sebarang tempahan sulaman logo keatas Tshirt, Baju F1, Topi dan Uniform.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan