17 November 2013

[Pemilihan "Dye Ink" Untuk Percetakan Baju - Panduan memilih Dye ]

"Dye Ink" merupakan cecair pekat yang berperanan sebagai pewarna kepada grafik t-shirt. Dye yang dikhususkan untuk pencetakkan t-shirt adalah fabrik dye.
Terdapat 5 jenis dye yang biasa digunakan untuk mencetak t-shirt:

1. TC Dye
2. Rubberise FD
3. Emboss Dye (Special Effect Dye)
4. Plastisol Dye
5. Florescent Dye TC / FD


Bagaimana nak cara nak Memilih Die yang sesuai? Apa "Panduan Memilih Die" Yang boleh saya gunakan. Mungkin mmaklumat dibawah ini sesuai untuk anda.

TC Dye Ink

TC Dye merupakan dye yang termurah dan sangat ekonomi. Biasanya ia dikunakan untuk mencetak baju sukan sekolah. Dye jenis in hanya sesuai untuk baju yang berwarna putih atau cerah sahaja. Untuk baju baju yang berwarna hitam tidak boleh digunakan.

Disebabkan ia menyerap kedalam benang, warnanya akan kekal pada benang fabrik dan tidak mudah luntur. Oleh yang demikian ia perlu dikeringkan dengan heat press atau sterika selepas dicetak. Ia bertujuan untuk mengekalkan dye pada benang. Dye jenis ini banyak dijual dipasaran. Anda dinasihatkan mendapat TC dye yang berkualiti terus daripada pembekal dye t-shirt selain yang dijual dikedai alat tulis.

Bagi yang baru berjinak-jinak atau ingin mencuba mencetak t-shirt, dye jenis ini adalah sesuai untuk anda. Ia mudah digunakan dan harganya murah. Kualitinya juga tidaklah mengecewakan. Disebabkan oleh Viscosity yang rendah (Lebih Cair) ia juga boleh digunakan untuk teknik "Halftone" satu warna dengan menggunakan jaring yang lebih halus.



Rubber Dye Ink

Ini merupakan Dye yang popular selalu digunakan secara meluas oleh pencetak-pencetak t-shirt. Ia digunakan oleh pencetak separuh mahir dan mahir kerana biasanya dijual di dalam bekas plastik 1 kg tidak dapat dibeli dalam jumlah yang sedikit. Ia diperbuat daripada dye getah dan memberikan kesan menarik dan juga kelihatan seperti sticker apabila dicetak di atas t-shirt. Ia tidak ada masalah untuk digunakan di atas t-shirt terang atau gelap.

Anda perlu mencetaknya sebanyak dua kali. Cetakkan pertama perlulah dicetak dengan dengan warna putih iaitu sebagai "Under base" dan diikuti dengan cetakkan kedua iaitu warna yang anda kehendaki. Jika anda mahu imej berwarna putih maka anda perlu mencetak dye putih sebanyak dua kali juga.

Perhatikan dalam contoh ini bagaimana dakwat bukan plastisol biasa akan menembusi kain dan menukar  benang fabrik kepada warna baharu. 

Ada pengusaha pencetakkan t-shirt yang menggunakan dye berwarna yang sama sebagai "Under base". Contoh; jika anda inginkan imej berwarna biru untuk dicetak, maka dye biru akan dicetakan sebanyak dua kali. Menurut pengalaman yang telah lepas,warna tersebut agak kurang terang dan kurang menyerlah berbanding jika meletakkan "Under base" putih pada t-shirt. Anda boleh lakukan sendiri untuk kepastian dan lihatlah perbezaannya.


Walaubagaimanapun, penggunaan "Under base" warna yang sama tidaklah memberi perbezaan yang terlalu ketara dan masih boleh diterima. Antara sebab pengusaha pencetak t-shirt amat gemar menggunakan kaedah ini kerana ia mudah dan menjimatkan masa kerana tidak perlu untuk menukar blok skrin warna. Proses petukaran warna memerlukan kita mencuci dye putih pada blok sebelum menyapu dye warna lain pada blok. Jadi terpulanglah kepada anda untuk menentukanya. Rubber Dye ini boleh kering didalam udara terbuka.




Plastisol Dye         

Pada 1959, plastisol, satu dakwat yang lebih tahan lama telah direka, dan membolehkan lebih banyak pilihan dibuat. Dakwat Plastisol adalah diperbuat dari PVC (Polyvinyl chloride) Dakwat Plastisol digunakan sebagai dakwat percetakan keatas tekstil. Plastisol adalah "Thermoplastic" yang mana ia memerlukan suhu yang mencukupi (150-170 darjah celcius) untuk menjadikan molekul resin PVC dan pemplastik "Plasticizer" untuk bersatu atau mengeras. Inilah yang merupakan kekurangan dakwat jenis ini. Ini bermakna anda memerlukan "Convayer Oven" atau "Flash dryer" sebagai alat tambahan. Di sinilah timbulnya isu kos yang tinggi untuk menggunakan dakwat jenis ini.

Kelebihan dakwat Plastisol pula ialah tidak mudah kering walaupun jika terdedah kepada udara terbuka pada satu tempoh jangkamasa. Dakwat terdiri daripada zarah PVC yang dipegang dalam emulsi liat dan tidak akan kering jika dibiarkan di skrin untuk jangka panjang.  Walau bagaimanapun, dakwat ini sering dianggap lebih mudah untuk digunakan kerana ia tidak akan kering pada skrin semasa percetakan sekaligus mengelakan masalah skrin tersumbat. Dakwat Plastisol adalah juga diketahui mempunyai warna yang terang, liputan, dan ketahanan.



Dakwat plastisol dan memerlukan penggunaan kiraan jaring yang berbeza untuk mendapatkan hasil yang optimum.  Plastisol adalah dakwat yang paling biasa digunakan untuk mencetak reka bentuk ke atas fabric pakaian, dan amat sesuai untuk mencetak grafik keatas kain gelap. Ia boleh digunakan kaedah "Wet on Wet" dimana ia membolehkan anda meningkatkan kelajuan proses percetakan anda

Kepada yang ingin menggunakan dakwat Plastisol, digalakkan untuk mencetak pada kain berwarna. Pada kain Cotton, plastisol adalah sangat tumpat dan boleh mengekalkan imej yang terang selama bertahun-tahun dengan penjagaan yang betul. Dakwat plastisol yang dikeluarkan hari ini adalah lebih mesra alam sekitar, selamat dan mematuhi peraturan-peraturan alam sekitar yang ditetapkan dikebanyakan negara maju.



Gambarajah  bagaimana plastisol akan masuk ke dalam lompang dan sekitar benang dan, apabila kering sepenuhnya.

Emboss Dye

Emboss Dye digunakan untuk membuat cetakan timbul. Ia adalah sejenis dye getah juga tetapi telah dicampurkan dengan dye foam dimana apabila dipanaskan dengan "Heat Press" atau Seterika ia akan memberi tindakbalas iaitu kesan timbul. Emboss merupakan bahan penaik yang menjadikan rubber dye timbul pada permukaan kain atau design baju. Ia juga tidak mempunyai masalah untuk digunakan pada t-shirt yang cerah atau gelap. Kosnya adalah lebih tinggi daripada rubberise dye.

Untuk mendapatkan cetakan timbul emboss dye perlu dicampur dengan rubber dye terlebih dahulu dan kaedah campuran adalah 7 "Rubber dye" 3 "Dye foam" atau 8 "Rubber dye" 2 ''Dye foam''  Ratio in boleh dikurang atau ditambah mengikut .cetakan timbul memerlukan Dua kali cetakan atau dua kali lapis , selepas cetakan kering tekan dengan mesin heat press atau sterika bersuhu sederhana barulah cetakan tadi timbul dengan rata.



Florescent Dye

Ia kelihatan lebih terang, menyerlah dan bersinar (striking). Dakwat jenis ini terdapat didalam dua jenis iaitu TC dan Ruberise. Dye jenis ini agak  kurang digunakan. Anda boleh mengadunkan ke semua jenis dye ini di dalam suatu t-shirt untuk menghasilkan cetakkan yang lebih menarik dan kreatif.


Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat kelebihan dan kekurangan setiap sistem dakwat. Yang penting adalah untuk menggunakan dakwat yang sesuai untuk cetakan anda, meminimumkan sisa produk dan membuangnya dengan betul. Semoga perkongsian atau Panduan Memilih Die ini memberikan anda pengetahuan dan manfaat yang berguna.

Mungkin Anda Berminat Untuk Mendapatkan:

Tshirt I Am Murah
T-shirt-murah RM9.90

10 November 2013

[ Tips memilih "Squeegees" yang bersesuaian - Cara memilih Squeegees ].

Adalah sangat penting untuk memahami sepenuhnya bagaimana fungsi Squeegees dalam industri percetakan skrin "Screen Printing" untuk mencapai kualiti cetakan terbaik dengan mudah . Memilih Kekerasan "Durometer", bentuk dan saiz yang betul, adalah perkara yang paling yang paling kerap diabaikan oleh kebanyakan pencetak ketika mula terlibat mencetak skrin. Ukuran "Durometer" bukanlah satu-satunya perkara yang perlu dipertimbangkan apabila memilih squeegee, Maklumat berikut adalah lebih menjurus arah percetakan skrin keatas fabric sahaja tetapi ia mungkin yang berkaitan dengan aplikasi percetakan yang lain juga.



 1 - Faktor pertama yang perlu dipertimbangkan apabila memilih squeegee adalah tahap kekerasan squeegee. "Durometer" adalah pengukuran untuk kekerasan. Ukuran ini diwakili oleh dua digit nombor. Squeegee yang memiliki bacaan 60 "Durometer" adalah lebih lembut daripada bacaan 95 "Durometer". Semakin rendah angka "Durometer" bermaksud squeegee itu dari jenis yang lembut dan hasilnya jumlah dakwat akan lebih banyak masuk melepasi jaring. Manakala Semakin tinggi angka "Durometer" bermaksud lebih keraslah squeegee tersebut dan jumlah dakwat pula akan kurang masuk melepasi jaring. Dengan pengetahuan ini ia dapat membantu anda untuk memilih tahap kekerasan squeegee yang betul dan akan membantu anda mengoptimumkan hasil cetak. Dengan kemahiran ini juga akan membantu anda untuk memilih squeegee yang betul  untuk permukaan substrat yang kasar atau halus. ("substrat" adalah nama teknikal untuk bahan yang sedang dicetak.) Untuk permukaan kasar hendak dicetak, anda memerlukan squeegee lembut secara umum dan substrat licin memerlukan squeegee lebih keras untuk menghasilkan hasil yang terbaik. Selain itu juga squeegee yang memiliki “Durometer” yang paling keras akan lebih tahan kepada bahan kimia , dakwat dan pelarut lain. Squeegee yang memiliki durometer keras memerlukan kepada tekanan yang lebih dan memendekan jangka hayat jaring skrin percetakan.





2 - Perkara kedua yang perlu anda ambil berat adalah faktor "Bentuk" bilah squeegee. Keadaan bilah squeegee yang baik memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan hasil cetakan yang kemas dan jelas. Bagi squeegee yang berbentuk Segi empat tepat adalah sesuai untuk banyak percetakan keatas semua jenis permukaan rata. Untuk majoriti percetakan keatas permukaan botol atau lain-lain barangan berbentuk silinder, squeegee berbentuk "V" amat bagus digunakan. Bilah squeegee berbentuk "V” ini boleh mengawal aliran dakwat apabila digunakan keatas jaring yang halus untuk mendapatkan kualiti resolusi cetakan yang baik manakala Bilah Squeegee yang tumpul atau bulat akan menolak masuk lebih dakwat kedalam jaring percetakan dan akan menyebabkan lelehan. Namun terdapat satu lagi jenis squeegee yang berbentuk  bulat . Bentuk ini akan meninggalkan dakwat yang banyak dengan resolusi Kurang . Ini bermakna ia akan mencetak dakwat lebih tetapi tepi kawasan cetak akan kurang tajam. Terdapat apa yang dikenali sebagai "Dual Durometer". dan "Triple Durometer". "Dual Durometer" dan "Triple Durometer". Kedua-dua jenis squeegee ini menggabungkan dua dan tiga jenis tahap kekerasan Squeegees yang berbeza menjadi satu.



3 – Pekara ketiga yang penting dimana ramai pencetak skrin terlepas pandang adalah kaedah yang betul untuk memilih panjang squeegee yang bersesuaian mencetak substrat. Ini adalah satu lagi pekara asas dimana ramai orang gagal mengenalpastinya. Squeegee yang lebih panjang menghasilkan geseran antara jaring dan bilah squeegee. Sqeegee yang terlalu panjang akan menyebabkan ganguan "Registration" dan herotan keatas jaring skrin. Ia bukan sahaja akan memberi kesan buruk keatas "Registration" tetapi juga menggangu kemasukan dakwat melalui lubang jaring secara konsisten. Sebagai panduan ringkas,panjang squeegee yang bersesuaian untuk skrin percetakan adalah apabila diletakan dibahagian tengah Skrin pastikan terdapat ruang tidak kurang dari "1" inci di setiap bahagian sisi skrin percetakan.






Panduan Penjagaan Squeegee 

Penjagaan dan penyelenggaraan yang betul keatas Squeegees sangat membantu untuk mengekalkan keupayaanya dalam menjalankan fungsinya. Ramai pencetak mengabaikan keadaan Squeegees mereka. Di dalam perkerjaan percetakan skrin, mempunyai peralatan yang berkeadaan baik a boleh membantu anda membuat cetakan berkualiti tinggi, mudah dan konsisten. 


Menjaga squeegee dengan kaeadah pembersihan dan cara penyimpan yang betul akan membuatkan kerja-kerja percetakan skrin anda lebih mudah dan lebih cepat. Squeege yang mempunyai permukaan bilah yang kasar, bergigi, tidak bersih akan menyebabkan hasil cetakan yang kurang memuaskan. Squeegees juga perlu kerap dibersihkan selepas setiap kali digunakan dengan mencuci dakwat yang melekat pada bilah squeegee. Membiarkan Squeegees dalam dakwat  atau pelarut akan merosot keupayaanya dan merosakkan mereka dari masa ke masa. Untuk Rubber Die berasaskan air, Bilah boleh dicuci menggunakan air sahaja. Selepas dicuci, biarkan squeegee kering ditempat yang terlindung dari cahaya matahari, kerana ini akan menyebabkan memendekan jangka hayat squeegee.


Percaya atau tidak Squeegees ''Urethane'' diperbuat daripada bahan-bahan yang boleh menyerap. Ia boleh membengkak dan merosot dengan pendedahan yang berpanjangan kepada dakwat atau bahan kimia lain. Itulah sebabnya ia adalah sangat penting untuk membersihkan Squeegees selepas kerja percetakan dan disimpan ditempat dan cara yang betul setelah digunakan.

Cara yang baik adalah dengan menggunakan squeegee berbeza setiap hari untuk tugas mencetak kedai anda. Sebagai contoh anda boleh menggunakan menggunakan satu pada hari Isnin dan kemudian tukar squeegee yang lain pada hari Selasa dan seterusnya. Bertukar giliran Squeegees mereka bukan sahaja akan memanjangkan jangka hayat tetapi ia juga akan meningkatkan kepantasan kerja-kerja percetakan skrin. 


03 November 2013

[ Tips memilih "Screen Printing Mesh" - Jenis Jaring Percetakan ]

Adalah menjadi pekara biasa kepada mereka-mereka yang masih baru berjinak-jinak dalam industri Percetakan "Silk Screen" terkeliru mengenai cara untuk memilih dan mengenalpasti perbezaan "Screen Printing Mesh" (Jaring Percetakan Skrin). Maklumat ini disediakan untuk sekadar untuk berkongsi pengetahuan, serta mendidik pelanggan mengenai proses percetakan skrin dan juga untuk menjadi sumber rujukan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengusahakan perniagaan percetakan "Silk Screen" sendiri.




Satu ketika dulu, jaring percetakan diperbuat daripada Sutera, Disebabkan faktor harga dan ketahanan, sutera telah digantikan dengan bahan lain. Tiga jenis bahan yang biasa digunakan di dalam industri percetakan pada hari ini adalah diperbuat daripada Polyester, Nylon dan Stainless Steel. Setiap satu jenis jaring percetakan tidak dapat memenuhi keperluan untuk kesemua jenis kerja percetakan. Selain percetakan, ia juga direka bagi tujuan bagi penapisan dan pengukuhan.



Dalam industri percetakan pakaian, Polyester adalah paling banyak digunakan. Ia boleh didapati dalam 2 jenis iaitu; "Monofilament" dan "Multifilament". Kebanyakan Fabrik jaring percetakan dipasaran pada hari ini adalah dari jenis Monofilamen kerana ia lebih kuat dan tahan lama, walaupun begitu "Polyester Multifilament" masih lagi digunakan dan dijual dipasaran. "Polyester Monofilament" diperbuat daripada benang tunggal manakala Polyester Multifilament diperbuat dari lembar-lembar polyester halus yang dipintal dan ditenun menjadi fabrik jaring percetakan. Jaring percetakan berfungsi untuk memegang "Photo Stencil" dan penyukat jumlah "Die" yang akan menembusi dan melekat keatas fabrik apabila "Squeegee" ditarik. Ia mestilah fleksible supaya "Squeegee" boleh menjadikan ia memenuhi permukaan pelbagai medium yang dicetak. Ia harus tahan supaya ia akan kembali ke bentuk asal selepas laluan "Squeegee".



Terdapat pelbagai jenama untuk jaring percetakan yang berada dipasaran sekarang, antaranya Sefar Mesh, Saatilene Mesh, NBC Mesh & sebagainya. Beberapa perkara perlu diberi perhatian semasa memilih jenis jaring yang hendak digunakan. Jaring yang baik adalah lebih halus, lembut, dan apabila diregangkan pada alat peregang yang kuat ia tidak akan koyak. Harga Jaring adalah berbeza dari segi saisnya. Jaring yang halus pada kebiasaanya lebih mahal harganya dan ia digunapakai oleh pengusaha pencetakkan t-shirt yang mengutamakan kualiti cetakkan yang tinggi.





Jaring polyester / Sutera dikeluarkan dalam beberapa gred. Bilangan benang dalam satu inci persegi kain skrin, diukur dalam kedua-dua hala. Sebagai contoh, Jaring 110T mempunyai 110 benang menyeberangi setiap inci persegi.Di Eropah dan Asia, jaring diukur dalam unit sentimeter persegi. Untuk menukar kiraan inci (Imperial) kepada sentimeter (Metric), ia perlulah dibahagikan dengan 2.54 untuk mendapatkan kiraan penukaran. Sebagai contoh:110 dibahagikan dengan 2.54 bersamaan 43.3. Ini adalah yang paling dekat dengan 43T atau ukuran "Eropah dan Asia". T bermaksud diameter benang jaring anda.


CARTA PENGIRAAN MESH / JARING

Perbezaan kecil nombor-nombor dalam dalam di bawah initidak memberikan kesan yang kritikal. Jadual dibawah ini membandingkan nombor kiraan jaring digunakan bagi jaring Monofilament dengan Multifilament.



Saiz Jaring yang berbeza digunakan untuk penggunaan yang berbeza dalam proses percetakan skrin. Dalam erti kata yang lain, lebih rendah jumlah dalam kiraan jaringan, dakwat lebih banyak yang akan dimasukkan ke atas substrat tersebut ("substrat" adalah nama teknikal untuk item yang sedang dicetak). Untuk imej yang besar atau kasar, jaring ini sesuai digunakan.


Mungkin Anda Berminat Untuk Mendapatkan:

Tshirt I Am Murah
T-shirt-murah RM9.90