31 Ogos 2014

[4Tip Mudah Sulaman Baju - Panduan Asas Sulaman Logo]


Seni sulam adalah salah satu dari cabang seni. Sulaman adalah satu seni yang sangat cantik dan kenyataan ini tidak boleh dinafikan. Seperti mana-mana bentuk seni yang lain, Sulaman boleh bergabung dengan sempurna dengan kebanyakan bahan fabrik dan proses.

Dengan memahami kelebihan dan kekurangan kaedah sulaman logo yang betul , anda akan menjadi lebih yakin apabila membuat tempahan Tshirt bersulam. Beberapa panduan yang kami akan kongsikan, bakal membantu  anda dalam memiliki pengetahuan asas yang mencukupi dari peringkat penyediaan artwork, pemilihan fabrik, pemilihan benang dan hinggalah kepada peringkat membuat tempahan.







[Artwork Sulaman]


Secara asasnya kebanyakan pembekal perhidmatan sulaman logo boleh menerima sebarang jenis bentuk artwork untuk disulam keatas fabrik pakaian. Point penting disini adalah - lagi bagus kualiti artwork yang diberikan maka hasil sulaman yang dihasilkan akan lebih baik. Proses menukar fail digital arwork kepada sulaman dipanggil "digitizing". Proses digitizing ini merupakan proses melukis semula logo atau design menjadi jahitan didalam perisian sulaman . Lagi Jelas dan lebih tepat sesuatu fail digital yang diberikan, lagi tepatlah proses perletakan jahitan dalam perisian sulaman. Seterusnya membolehkan "Digitizers" memindakan fail tersebut kepada mesin Sulaman.


[Format Artwork Yang Sesuai untuk "Sulaman logo"]


Selalunya kami banyak mendapat pertanyan dari pelanggan terutamanya pelangan baru melalui email dan whataps, apakah format yang sesuai untuk proses sulaman. Format yang sesuai adalah samada Ai, Pdf, eps atau yang lebih beresolusi tinggi seperti Psd, tiff, eps dan jpg. Anda boleh memberikan sebarang format lain mungkin dalam bentuk excel atau words, Cuma kebarangkalian yang mungkin akan timbul adalah mukin ada sedikit charge yang akan dikenakan oleh sesetengah syarikat untuk melukis atau menghasilkan semula imej digital yang lebih bersih untuk proses digital.




Sekiranya logo anda melibatkan tulisan pastikan tulisan tersebut tidak terlalu kecil sangat, sekurang-kurangnya 5mm.Tulisan yang terlalu kecil akan menyebabkan sulaman logo anda kelihatan bersepah dan berhimpit-himpit. Sebarang butiran halus agak susah sikit untuk diterjemahkan kepada bentuk kepada sulaman. Sebarang persoalan dan pertanyaan boleh diajukan kepada pembekal anda. Mereka pasti boleh membantu anda untuk mendapatkan membuat penyesuaian semula untuk memastikan sulaman logo yang dihasilkan dipertingkatkan dan berkualiti tinggi.


[Jenis Fabrik yang Sesuai untuk Sulaman]


Sebelum kita menyentuh lebih jauh tentang jenis kain yang sesuai untuk sulaman, ada satu bahan lagi yang anda perlu tahu bagi memastikan sulaman yang dihasilkan stabil dan kemas. Bahan tersebut adalah Backing atau penyokong. Backing adalah kain khas yang digunakan sebagai asas atau dasar untuk menstabilkan sulaman. Fabrik secara asasnya bersifat lembut dan mudah lentur (Fleksible) dan memerlukan sokongan. 




Bagi tujuan tersebut, Backing atau pelapik diperlukan untuk mengukuhkan bahagian belakang sulaman logo anda. Terdapat pelbagai jenis Backing atau pelapik untuk tujuan yang berbagai. Ketepatan memilih bahan backing akan mempengaruhi hasil akhir "sulaman logo" anda. Penggunaan backing atau pelapik sulam yang salah akan menyebabkan peningkatan kos. Jadi pilih backing yang memiliki ciri-ciri yang;

· Stabil.

· Tahan tebuk.

· Pengunaan mengikut pengkhususan.

· Mudah dicuci dan dikeringkan.


Toksah pening-pening, anda tidak perlu menjadi pakar dalam pemilihan backing yang sesuai untuk sulaman fabrik anda. Kami pasti pembekal perhidmatan sulaman anda sangat mahir dalam hal ini. Biarkan mereka lakukanya untuk anda. Cuma dengan sedikit pengetahuan yang anda ada ia sebenarnya dapat membantu anda terutama berurusan dengan pembekal. Backing atau pelapik didatangkan dalam dua warna iaitu Backing Hitam untuk pakaian gelap manakala warna putih untuk pakaian yang berwarna cerah




Boleh dikatakan hampir kesemua jenis fabrik boleh disulam. Semuanya terletak kepada kemahiran pembekal bagi memastikan fabrik dan backing yang dipilih adalah sesuai dan menghasilkan sulaman yang terbaik untuk sebarang jenis fabrik yang dipilih.

Fabrik yang terlalu nipis atau jarang seperti Sutera, Rayon atau Tshirt yang terlalu nipis kurang sesuai untuk tujuan sulaman. Lubang dari kesan jarum jahitan akan jelas kelihatan diatas fabrik yang halus. Backing atau pelapik juga akan kelihatan dengan ketara diatas fabrik dari jenis ini terutama jika fabrik tersebut adalah berwarna putih atau cerah.


[Jenis-jenis Benang untuk Sulaman]


Terdapat 2 jenis benang yang biasa digunakan untuk sulaman logo. Ia adalah dari jenis Rayon dan polyester. Setiap satu jenis memiliki kelebihan masing-masing dan dipilih mengikut logo, design dan jenis fabrik yang hendak dijahit.



[Rayon]

Benang Rayon Berkilat dan lembut. ia mempunyai kemasan lembut dan yang terbaik untuk pakaian seperti Baju Koperat, Baju Polo.

[Polyster]

Benang dari jenis polyester pula kurang berkilat tetapi lebih tahan lasak dan kuat serta tahan lama. Ia kerap digunakan keatas pakaian uniform dan pakaian sukan. Ia tahan peluntur, bahan pencuci dan air panas.



Pada kebiasaanya designer atau Grapic artis akan merujuk kepada carta "Warna Pantone" apabila memilih warna benang yang bersesuaian untuk logo dan artwork untuk sulaman. Ia bertujuan untuk mendapatkan padanan yang paling hampir dengan warna pada carta pantone. Ia perlu dilakukan , memandangkan tidak semua warna benang akan terdapat pada carta pantone.


Selain dari warna-warna biasa, terdapat juga benang yang dikeluarkan dalam warna khas antaranya ialah Metalik, Pelangi, "Colour-Changing", "Reflective", "Neon" dan juga "Glow in the Dark".





[Jenis-jenis jahitan dalam Sulaman]


Untuk kaeadah sulaman, terdapat 3 jenis jahitan yang digunakan dalam sulaman logo. Setiap satu jenis sulaman memiliki fungsi yang berlainan dan kelihatan berlainan antara satu sama lain.



Satin Stitch- Secara umumnya jahitan jenis ini digunakan untuk Tulisan dan jahitan Luaran design. Untuk jahitan jenis ini ia memiliki kekukuhan dan serta kekemasan.



Fill Stitch-Jahitan jenis Ini adalah yang paling praktikal diantara kesemua jahitan. Ia sangat efisen dan ekonomi untuk menutup kawasan jahitan yang luas. Jahitan jenis ini juga digunakan untuk menghasilkan asas atau dasar kepada Fabrik yang terlalu nipis atau jarang seperti Sutera dan Rayon untuk mendapatkan jahitan uang lebih terperinci. Seperti mana  "Sulaman Logo "JDT diatas, outline bahagian luar dan tulisan Johor menggunakan
Satin Stitch manakala bahagian tengah menggunakan Fill Stitch.




Walking Stitch-Jahitan jenis ini akan digunakan bilamana sesuatu design sulaman logo memerlukan ketelitian. Jenis jahitan ini lazimnya kelihatan seperti rupa garis putus-putus jahitan tangan. Ia juga kadang-kadang dipanggil sebagai Running Stitch. Sila Rujuk Gambar dibawah






Secara umumnya sulaman Logo akan melibatkan gabungan ketiga-tiga jenis jahitan yang disebutkan diatas.

Setiap satu logo atau desigan diatas sekeping fabrik yang berlainan akan menyajikan senario baru dalam sulaman. Ia memerlukan dsigner, digitizer dan operator yang memiliki kepakaran dan pengalaman yang bertahun lamanya untuk mempelajari teknik sulaman logo yang bermutu tinggi. Anda dikira amat bertuah sekiranya dapat memanfaatkan kepakaran mereka dan tidak perlu untuk menghabiskan masa untuk melakukan penyelidikan atau mempraktikan teknik sulaman.

Kami kira anda juga anda antara sebahagian dari mereka yang bertuah itu kerana menemui dan dapat membaca artikel ini. Harapan kami agar perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda juga. Wassalam



Hubungi kami di tprintrepublic@gmail.com untuk sebarang tempahan sulaman logo keatas Tshirt, Baju F1, Topi dan Uniform.

24 Ogos 2014

[5 Tip Bisnes Printing Tshirt - Panduan Bisnes Printing Tshirt ]


Terfikir untuk memulakan perniagaan printing Tshirt, Tapi tak tahu dimana nak bermula. Jangan bimbang......mungkin 5 #tip  ini boleh membantu anda.

Untuk memulakan bisnes printing Tshirt sendiri mungkin kedengaranya agak sukar pada pemikiran sesetengah orang. Walaupun begitu trend untuk membuka perniagaan printing Tshirt semakin meningkat dan ia bukanlah lagi rahsia. Kos perbelanjaan untuk membeli peralatan, Kos Bahan Mentah, kos nak buat meja printing, Kos Overhead, lepas tu pulak nak belajar perkara-perkara yang melibatkan hal-hal teknikal yang menyebabkan anda kerugian dari segi Try & Error. Bila banyak sangat nak fikir maka hajat pun terbantut – Pening arrr tapi tengok orang buat ok jek. 



Persolan pertama yang bermain di minda anda untuk membuka perniagaan "printing Tshirt" adalah, adakah anda perlu membuka kedai atau tidak. Bagi saya Ya dan Tidak. Membuka Kedai Printing Tshirt dan menjalankan perniagaan Printing Tshirt adalah 2 pekara yang berlainan. Kebanyakan dari mereka yang ingin berkecimpung dalam perniagaan tidak paham perbezaan ini.

Akibatnya, ada yang terperangkap dalam situasi di mana mereka mengeluarkan modal berbelas malah berpuluh ribu ringgit, bagi membuka kedai Printing Tshirt semata-mata lepas tu tak cukup modal pusing untuk buat marketing. Apabila kita membuka perniagaan printing Tshirt , tidak semestinya kita perlu membuka kedai. Banyak bisnes dijalankan tanpa membuka kedai. Saya dulupun bermula dari rumah. Gunakan modal yang dah ada untuk buat modal pusing dan marketing.

Jadi, biar kami kongsikan beberapa Tip Percuma bagaimana anda boleh buat duit dengan bisnes printing T-shirt tanpa memerluka modal yang besar. Menjalankan perniagaan ini bermaksud, anda menyediakan perkhidmatan / servis printing Tshirt yang anda berikan pada orang ramai. Terdapat pelbagai pilihan dalam perniagaan printing Tshirt ini. Yang paling popular dan mudah adalah Silkscreen printing keatas Tshirt. Jadi fokus pada satu ini dulu


Potensi bisnes ini sangat luas. Permintaan terhadap perkhidmatan ini sentiasa meningkat setiap tahun. Pelanggan yang datang pula adalah daripada pelbagai latar belakang. Jika anda mahu mulakan perniagaan printing t-shirt, antara Niche yang boleh anda berikan tumpuan:

· Badan Kerajaan

· Badan Swasta

· Sekolah & Institusi Pengajian Tinggi

· Kelab & Persatuan

· Lain-lain

Dalam perniagaan printing t-shirt , anda boleh memperolehi keuntungan minima mungkin sekitar 30% sehingga ada juga yang menjangkau lebih 100%. Bagi saya sudah cukup tinggi sebab kita hanya mulakan bisnes t-shirt tanpa modal ribuan ringgit. Quantity adalah menjadi pekara Pokok dalam perniagaan Printing Tshirt.Lebih tinggi kuantiti tempahan, lebih murah harga yang pembekal boleh beri, lebih tinggi untung yang kita boleh dapat. Jika anda untung sehelai RM 10 dan tempahan anda mendapat tempahan 1000 helai setiap bulan. Bersamaan RM 10,000 sebulan


5 Tip Percuma | Panduan mudah nak buka Bisnes Printing Tshirt



Tip #1 - Memulakan perniagaan Printing Tshirt ini kita seharusnya perlu mendapatkan ilmu dan maklumat terlebih dahulu. Lakukan Penyelidikan dan sedikit kajian tentang permintaan pasaran dan Niche. Jadi disinilah kenapa maklumat itu perlu sebelum memulakan sebarang perniagaan. Jangan buta buta buat tanpa ilmu, kelak sesat dihujung jalan. 4 Pekara Asas yang perlu dilihat pada peringkat ini adalah:

· Niche

· Pembekal Perkhimatan

· Kos

· Platform Marketing - Off Line, Online

Tip #2-TIDAK PERLU Modal yang Besar - Saya bermula tanpa modal. Perniagaan "printing Tshirt" ini boleh bermula tanpa modal. Rahsia bagaimana anda boleh bermula TANPA modal langsung adalah dengan menjad Agen. Saya bermula sebagai agen. Kelebihanya adalah:
  • · TIDAK PERLU Kemahiran Teknikal – Anda tak perlu pening pening nak fikir pasal nak beli peralatan untuk printing Tshirt, maka kerja-kerja teknikal tidak diperlukan langsung. Jadi anda boleh simpan modal untuk tujuan membesarkan perniagaan ini pada masa akan datang
  • · Anda boleh mula secara Part Time, Free Lance - Jadikan Perniagaan printing Tshirt ini sebagai second income dan anda tak perlu berhenti kerja. Sebabnya anda boleh mulakan secara sambilan dahulu dan hanya bermula dari rumah. Tidak perlu untuk tunggu lama. Lebih cepat untuk anda mula, lebih tinggi peluang untuk buat duit.

Tip #3- Cari Mentor atau Tok Guru. Belajar dari mereka-mereka yang telah berada dalam perniagaan ini. Saya sendiri belajar dari ramai orang. Mungkin anda terfikir-fikir ada ke orang nak ajar buat bisness printing Tshirt ni? Jawapan segera dari saya – "ADA" ramai orang yang nak ajar ilmu perniagaan printing Tshirt ini. Yang tak ada adalah “Kesungguhan” orang yang nak belajar perniagaan "printing Tshirt" tu sendiri. Ini yang biasa dan ramai saya jumpa. Mula-mula nak belajar lepas bila mintak bagi komitment ada yang mula give-up. Kalau orang dah ajar dan kita dah pandai kita jangan sombong pulak dengan mereka. Sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka yang telah mengajarkan kita satu ilmu atau Infak kat mana-mana surau atas nama orang yang mengajar kita.

  • Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata `aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

(Shahih Muslim no. 2733)



Tip #4-Jangan Nak cepat Untung. Bermula dengan apa yang ada ditangan atau modal kecil. Perniagaan Printing Tshirt ini adalah satu perniagaan rantaian. Saling bergantung antara satu sama lain. Pembekal pun nak cari untung anda pun nak cari untung. Jangan tekan harga kepada pembekal perkhidmatan printing Tshirt semata-mata nak cari untung lebih. Dia orang ni pun ada kira-kira Nak bayar gaji Designer, Nak Bayar gaji tukang Print, Nak bayar sewa Kedai, Bil Ultiliti dan sebagainya. Point penting disini anda jangan nak untung seorang. Kalau untung sikit-sikit masa mula-mula tu biasa lah jangan patah semangat.

Tip #5-Bersabar. Buat perniagaan printing Tshirt printing kena banyak bersabar dengan macam kerenah pelanggan. Kadang-kadang Tanya soalan kat whatapps betalu-talu tengah malam pas tu senyap. Saya pegang macam ni je lah itu bukan rezeki kita, anggapkan masa yang kita luangkan untuk bagi maklumat tu sebagai amal jariah. Sememagnya hukum alam memang macam tu. Bak pepatah Inggeris “Some Want, Some Wont, So What? NEXT”, Ini dipangil hukum rata-rata, Ada yang nak, ada yang tak nak. Jadi kekal Fokus…pada apa yang kita sedang buat.


Jadi, ni ada 5 tips ringkas dan penting yang anda boleh pakai kalau korang nak mula buat duit dengan perniagaan printing Tshirt ni. Kalau nak cerita satu-satu saya kena tulis buku la pulak...


23 Ogos 2014

[7 Tip Printing Baju Murah - Cetak Baju Murah]

Masalah Harga adalah menjadi satu cabaran yang besar kepada mereka - mereka yang baru nak terlibat dalam industri percetakan baju atau baru sekali dua nak cetak baju.

Ini merupakan masalah umum yang biasa kami di Tprintrepublic jumpa. Jadi Potensi untuk anda mendapatkan harga baju yang lebih murah adalah tinggi kalau anda tahu tip2 atau cara nak cetak baju murah ini.



 Tip Nak Cetak Baju Murah


7 Tip Printing Baju Murah - Panduan Cetak Baju Murah


Hari ni kami di Tprintrepublic nak berkongsi beberapa panduan dengan anda semua tentang bagaimana "Cara nak cetak baju murah" atau dalam bahasa lainya nak kurangkan harga sehelai baju yang dicetak dengan Tprintrepublic. Pengiraan kos nak print sehelai adalah bergantung kepada jumlah tempahan tempahan

Tip #1- Jenis baju,

Kalau nak cetak baju murah sikit pilihlah dari jenis Cotton 165 gsm atau 180gsm, Kalau pilih yang jenis lain contoh macam Premium Cotton, Microfiber atau Quick Dry memanglah harganya pun lain. Sebab Mudah adalah gred kain yang berbeza.

Tip #2- Saiz design nak print (A4 | A3, atau A2),

Pastikan sais design yang anda nak cetak tu jangan terlalu besar sangat kalau nak yang budget pilih saja yang sais A4. Kalau pilih A3 atau A2 memang lah lebih sebab – Pakai Emulsion Lebih, Rubber Die Lebih dan tenaga nak print pun lebih hahaha..

Tip #3- Jumlah Warna Nak Cetak | Jumlah lokasi nak Cetak




a) Jumlah Warna
Berapa warna nak print (1 Warna | 2 Warna | 3 Warna dll.) 


b) Jumlah Tempat / Lokasi
Berapa bahagian Nak Cetak(Depan | Belakang | Lengan | Tepi)



Lagi banyak Warna atau lokasi nak cetak, comform lagi banyak blok nak kena buat, jadi lagi banyak kali la kerja turun naik blok nak kena buat.


Semuanya akan mempengaruhi harga sehelai baju. Contoh yang biasa berlaku adalah biasanya customer datang bawak design atas kertas , lukis pakai tangan, Nak 4 print kat banyak tempat atau banyak warna last sekali nak order 5 helai. Kalau macam ni memang sah-sah lah harga mahal. Antara sebabnya - banyak benda nak kena sediakan.





Tip #4- Art work
Soft copy Artwork nak kena ada. Kalau lukis tangan macam gambar diatas tu atau bagi dalam format , Grapic designer kami akan buat semula design tu. Untuk ini Customer kena tanggung kos ini. So kalau nak cetak baju murah sikit kenalah bagi artwork atau ambik aje design yang dah sedia ada dalam koleksi kami.









Sediakan soft copy artwork dalam bentuk yang mudah untuk di print seperti Ai atau Photoshop. Biasa student bagi dalam jpg atau png pas tu paste daklam Ms-Word pun ok la - Worst Case Scenario

a) Contoh 1 warna & design simple.

b) Guna Design yang dah sedia ada

c) Ulang - Cetak design yang sama untuk tempahan ulangan.



Tip #5-Kuantiti.

1. Kuantiti yang banyak. Lagi banyak order, lagi murah sebab hya harga purata bagi kos printing dah mengecil. Contoh mudah;

- RM200 ÷ 5helai = RM40 Sehelai untuk kos printing tidak termasuk Baju,

- RM200 ÷ 50helai = RM4 Sehelai untuk kos printing tidak termasuk Baju,



Tip #6-Regular customer.

Jadi pelanggan setia Tprintrepublic. Lagi lama anda berurusan dengan kami maka hubungan itu jadi lebih baik dan lebih mudah nak tawar menawar kan. Kami pun manusia ada perasaan dan timbang rasa. Jadi kalau dah banyak kali tempeh tu bolehlah bagi diskaun sikit.



Tip #7-Guna baju Readymade.

Baju ready made ni kurang lah sikit harganya. Biasa kalau baju readymade ni blh dapat harga tetap walaupun sikit. Kalau buat Custom made harga lebihlah sikit terutama kalau kuantiti sikit.



Kami merupakan Reseller Agent Untuk Oren Sport & Glidan

Jadi beberapa tip2 yang boleh dikongsikan disini boleh dijadikan sebagai panduan "nak cetak baju murah" cara kami di Tprintrepublic 


Kalau senang Boleh lawati Fbpage|Tprintrepublic

21 Ogos 2014

[GAZA - Semangat Yang Tidak Pernah Hilang]




Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tahniah kerana anda sampai ke blog Tprintrepublic ini...

Hari ni kita citer sikit pasal "Semangat Gaza".





Ye ..Gaza. Apa yang istemawa sangat pasal penduduk Gaza ni ? 

Ye Penduduk Gaza memiliki semangat yang sangat-sangat "luarbiasa"  Penduduk Gaza mempamerkan contoh terbaik tentang maruah, keazaman dan penentangan. Saya amat kagum dengan semangat mereka yang begitu tinggi.

Walaupun ramai yang terkorban, menjadi mangsa serangan bom yang dahsyat dan mengalami kemusnahan teruk, mereka tetap bersedia untuk  berkorban. Mereka yakin sepenuhnya bahawa tanah air adalah lebih daripada harta benda, nyawa dan kemusnahan.

Semoga Allaw S.W.T melindung dan membantu mereka -Amin

Kali ini juga kami di "Tprintrepublic" ingin selit sedikit pengalaman hidup orang yang order "Baju Gaza" ni. Tesentuh juga dengar citer dia. Tapi anak Muda ini berjaya bangkit semula dari kejatuhan beliau.

Saya cakap kat dia " Allah S.W.T sayang kat dia, tu sebab Allah pilih dan bagi dia ujian, dan bukan semua orang dapat lalui ujian dan bangkit semula".

Point penting disini adalah ; 
Berapa kali kita jatuh itu tak penting, Yang penting adalah berapa cepat anda bangkit dari kejatuhan itu.

Akhir kata, Kami doakan semoga beliau terus tabah dan Berjaya dalam hidupnya-Amin


Fb pge: www.facebook.com/tprintrepublic

20 Ogos 2014

[RAHSIA KEJAYAAN CONSULTANT BANK DIBONGKAR]

KISAH BENAR | RAHSIA  KEJAYAAN  CONSULTANT BANK DIBONGKAR

"Chevrolet Mustang -Transformer"



GEMPAR SATU MALAYSIA | INPIRASI KEJAYAAN & KEKAYAAN - Rahsia Bagaimana Seorang Konsultant Bank Menjadi Kaya

Kisah Benar 12/8/2014

Lebih kurang jam 12.30 tengahari aku singgah car wash area pekan balakong. Berhentikan kereta,matikan enjin dan serahkan kunci kereta kepada budak cuci kereta.. Nepal ke , Myanmar ke aku tak pasti.. Terlihat parking sebelah kereta aku Chevrolet Mustang Transformer yang dalam kiraan harga bagi aku yang perminat supercar ni dalam harga 400k pada permulaannya..

Aku melangkah masuk ke bilik menunggu kaca.. Pada perkiraan aku lebih baik duduk menunggu di dalam aircond , memandangkan cuaca agak panas .. Aku duduk dan memandang ke belakang dan menegur brother yang kebetulan sedang membaca aku agak buku2 bermotivasi tinggi di tangannya .

Aku bertanya" kereta bos ke tu ?" Smart giler! Dia hanya menganguk sambil tersenyum.." Dari mana bos?" Dari Tun Hussien Onn katanya. Bisnes ke? Consultan jawabnya.. Ooo.. "Consultan untuk untuk pinjaman perniagaan dan pernasihat kepada bank2 di Malaysia ."waww"!! Mesti best jawab hati aku.. Saya dah 30 tahun dalam bidang ni.. Katanya. Aku tanya dia.. Mcm mana ye jika saya mahu mengembangkan perniagaan yang ada kepada lebih besar dengan modal yang tak seberapa ada?? Dia tersenyum n katanya" saya nasihatkan guna apa yg kita ada tanpa membuat sebarang pinjaman bank..apa yg ada, besarkan modal.. Saya bermula dari kecil.. Mula ada 10k, kemudian 20k, 60k, 80k, kemudian kepada 100k,200k, 400k dan 800k, cuba guna sumber yang ada untuk kegunaan perniagaan .. Paling seronok jika dapat 1 juta yang pertama. Selepas itu untuk mendapat 1 juta yang ke-2 terlalu mudah n pantas .. Katanya. Aku terdiam..

Ramai orang susah datang berjumpa saya..mereka bertanya apa rahsia saya?? Katanya.. Saya akan berkata" Allah jadikan dunia ini untuk kita.. Kita di kurniakan akal.. Gunakan sebaik mungkin .. Jujur.. Jangan menipu.. Ramai yang tak yakin janji Allah . Sedangkan dia suruh berdoa, mintalah apa sahaja dan " pasti" akan ditunaikan .

Yang paling utama, kita kena bersihkan seluruhnya.. Solat 5 waktu, duha jangan tinggal, bangun tahajud malam.. Minta sungguh-sunguh.. Pekerja saya bila azan bergema.. Saya arahkan tinggalkan kerja" sekarang". Tiada nilai 1 sen pun jika buat kerja waktu tu!, Allah panggil kita mengadap dia.. Tapi kadang kala kita cakap " tunggu jap aku nak siapkan lagi 1 lagi"!! Allah tu pencipta alam semesta.. Kita boleh cakap pulak kat dia mcm tu.. Dammm!! Tersentap aku..

Katanya lagi.. Ramai yang datang minta kerja.. Soalan pertama saya tanya.. Awak solat tak 5 waktu.. Jika ada master, degree , diploma atau bapak gajah sijil pun .. Jika tak solat.. Saya takan terima. Ada yang datang.. Nak suruh support buat pinjaman.. 100k, 1 juta, 50 juta @ 500 juta saya boleh tolong.. Bagi kertas kerja pada saya.. Saya selidik dan sain serta recommend pada bank dan bank akan luluskan.. Tapi soalan pertama saya tanya dulu.. Awak solat tak 5 waktu?? Jika tidak.. Awak balik saja.. Katanya.. Ada yang berkata" abg tu bawak " tranfomer" pergi masjid .. Jika saya bawak kancil je..

Katanya.. Kereta tu milik Allah .. Dia bagi pinjam je tu .. Apa salahya saya bawak dia pergi mengadap Allah .. Hati niat kena betul.. Jangan niat nak menunjuk.. Niatkan nak cepat mengadap Allah , nak memotivasikan orang lain supaya lebih rajin berusaha.. Kerata tu saya beli hampir 700k import . Di atas jalan raya Malaysia cuma ada 2 biji je orang pakai . Saya bukan tak mahu ferrari @ lamborgini .. Sebab ekzos dia bising .. Kereta chevrolet mustang ni lagi laju dari ferrari @ lamborgini .. Kereta ni 6.2 cc.. Ferrari n lamborgini baru 4.8 cc ...10% dari pendapatan saya tetap untuk anak yatim, fakir miskin.. Niat apa yg kita ada untuk manfaat pada orang lain.. Kereta tu cuma besi.. Yang diisi enjin .. Tuang minyak.. Start dan berjalan lah dia. Jika kita ukur panjangnya pun dah tak muat masuk kubur..

Satu lagi pesan saya.. Berkawan kita yang perlu pilih.. Pilih orang yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan yang paling utama.. Akhirat .. Dunia ni pinjaman.. Carilah pinjaman yang terbaikk disini.. Untuk kekayaan sebenar di sana..

Wah hebat giler bila berjumpa somebody... Insyaallah kata-katanya dan pengalaman beliau sangat-sangat membantu.

Sumber: My Media Hub


17 Ogos 2014

[Right tools | Make Money]


Pesanan dari Sifu.. Get right tools and you will make money..Dulu masa nak bukak business printing baju sifu cakap belanja lebih sikit untuk beli tools yang berkualiti. Masa tu aku tak faham lagi sebab tak tahu apa..so ikut je. Then ..sekarang baru aku paham kenapa. Pemilihan tool yang baik memendekkankan masa belajar (Learning Curve) & kerugian yang disebabkan try & error.




Jadi kepada yang nak berjinak-jinak dalam bisness printing baju jangan terlalu berkira-kira untuk membeli barang yang perlu. Ini boleh membantu anda mengurangkan kos.

https://www.facebook.com/tprintrepublic

03 Ogos 2014

[Mug Murah | Mug Bergambar | Mug Printing ]

Adakah Anda.......

Sedang mencari cenderahati atau door gift untuk majlis perkahwinan | Majlis Makan Malam Syarikat | Majlis Hari Lahir | Majlis Pertunangan | Cenderahati Syarikat | Kursus atau Seminar

Pemilik Syarikat | Restaurant atau Cafe | Resort Pelancungan atau Hotel | yang ingin mendapatkan cawan yang mempunyai nama & logo syarikat anda 

Ingin megabadikan gambar "Selfie" anda atau rakan-rakan pada Mug sebagai kenangan 


Kami di Tprintrepublic kini menawarkan produk cetak gambar berwarna | Grafik | Design keatas mug mengikut idea dan pilihan anda

Anda boleh cetak gambar anda.. mahupun logo syarikat, tulisan mahupun design anda ke atas produk-produk berikut sebagai cenderahati bagi sebarang majlis yang di adakan tidak lama lagi

Jadi apa tunggu lagi Nak dapatkan Mug Murah atau Mug Bergambar jom dapatkanya di Tprintrepublic. 

[ Tiada had warna & Tiada minimum order quantity untuk tempahan custom coffee mug ini ]

02 Ogos 2014

[Last Job Untuk Bulan Puasa]

As salam dan Salam 1 Malaysia. Alhamdullilah syukur atas kesempatan sekali lagi untuk mengupdated Blog kami ini. Kekurangan tenaga kerja menjadi halangan dalam usaha untuk memaklumkan kepada semua yang kami masih beroperasi seperti biasa walaupun dibulan puasa yang baru meninggalkan kita beberapa hari yang lepas. So jangan ketinggalan utk LIKED facebook kami ye.

Jom layan gambar-gambar hasil tempahan En. Mohd. Nasir bersempena aktiviti Family Days yang dijalankan oleh mereka.. Jenis tempahan adalah tshirt round neck Oren Sport dengan cetakan 1 warna, sebelah belakang dan heat press I AM sebelah depan. Tempahan ini terdiri dari kombinasi baju Lengan Pendek | Panjang | Kanak-kanak

Family Day Haji Habeb...Parit Medan Muar, Johor Darul Ta'kzim.




01 Ogos 2014

[Kalau Tak Ada Tukang Gunting]

Bayangkan kalau dunia ni tak ada tukang gunting rambut...? macam mana ek...Huru hara juga agaknya yek....Melihat kepada scenario semasa, Gunting rambut dah jadi satu industri.

Ramai antara anak -anak muda "Gen Y " sekarang telah memilih bidang ini...yg menjanjikan pendapatan yang agak lumayan...yelah mana tidaknya boleh kata 99.999% manusia dilahirkan berambut.


Untuk baju ni customer mintak kami guna Rubber die yg seakan-akan warna emas. Jadi kami buat bancuhan khas untuk baju ni. Hasilnya seakan-akan Penuts butter.



Orite..Hari ni tak nak cerita pasal printing baju lebih-lebih tapi nk citer pasal lawak tukang gunting. 






[Lawak Gunting Rambut]

Ada seorang lelaki tua berambut panjang.. bermisai lebat dan berjanggut panjang pergi kesebuah kedai gunting.. Wajahnya yang kusut masai itu umpama baru keluar dari persembunyian di hutan..

Lelaki tua : "Saya nak gunting rambut.. cukur misai dan janggut.."

Tukang gunting : "Rambut nak fesyen apa?"

Lelaki tua : "Potong pendek aje semuanya"

Tukang gunting itu mula memotong semua rambut.. misai dan janggut lelaki itu hingga selesai..

Tukang Gunting : "Pakcik... pakcik ni dulu seorang askar ya??"

Lelaki tua : "Iya.. mana kamu tahu nak....?"

Tukang gunting : "Saya baru saja berjumpa dengan topi askar di dalam rambut .

***End of Story***