26 Oktober 2013

[ 19 # Tip Perniagaan Percetakan "T-Shirt" -Tak Ada Modal ]

Anda mesti pening macam mana nak buat bisnes printing baju tapi tak ada modal. Sudahlah tak ada modal, tak ada masa nak print  danbtak minat pun nak print.Pening arr...

Toksah pening-pening, Banyak cara sebenarnya nak mudah buat duit dengan bisnes TShirt ni tanpa perlu susah payah keluar modal. Anda Ingin memulakan perniagaan tetapi "Tak ada modal". Rahsia perniagan baju adalah anda tidak perlu ada semua peralatan untuk mecetak baju.





Tahu kah anda ramai orang diluar sana boleh mendapat pulangan  Ribuan ringgit walaupun mereka tiada pejabat, tiada peralatan dan yang paling luarbiasa sekali adalah mereka tak pandai nak cetak baju pun. Antara cara yang and boleh lakukan adalah, cari di Internet untuk pemilik syarikat screen printers di kawasan tempatan anda dan bertemu dengan mereka untuk membincangkan keperluan anda.




Jangan takut untuk bertemu dengan seorang pengusaha screen printing dan bekerjasama dengan mereka. Anda boleh menjadi Agen kepada syarikat percetakan baju walaupun tak ada modal pun. Cuba fikirkan.

Risiko Rendah kerana anda tidak memerlukan modal.

Tidak perlu pejabat..
Tiada Overhead Kos, kerana anda tidak perlu membeli Peralatan.
Tidak perlu menyimpan stok dirumah.
Pelajar pun boleh buat...Mudahnya
Boleh buat bila-bila masa... Anda Bos



A..ha Nantikan untuk tip-tips yang seterusnya...dari kami pada post yang akan datang. Sebarang pertanyaan dan bantuan  tprintrepublic@gmail.com . KALAU URGENT sangat-sangat tu boleh terus Call/SMS/WhatApps/LINE 019-7209432 - Yusri . Kami bersedia membantu anda dan memberikan khidmat nasihat secara "PERCUMA"

22 Oktober 2013

[19 # Tip Perniagaan Percetakan "T-Shirt" - Printing Tshirt ]

Tips # 4. Mentor/Guru

Peranan “Mentor atau Guru” sangat penting dalam pelbagai bidang termasuklah dalam dunia perniagaan. Belajarlah dari mentor yang betul dalam bidang atau “Passion”yang ingin kita ceburi. Sebagai contoh katakan anda ingin menceburi bidang Printing Tshirt, apa yang perlu anda lakukan adalah mencari mentor-mentor yang mampu membimbing anda dengan baik dalam bidang Printing Tshirt ini.


Tetapi itu sahaja belum mencukupi, anda juga perlu belajar pekara-pekara yang berkaitan selok-belok perniagaan (Pemasaran “On-line / Off Line”, “Design”, Perakaunan, Menulis dan sebagainya). Pasti timbul pertanyaan kenapa pula perlu belajar tentang pekara-pekara lain, sedangkan saya cuma nak buat perniagaan "Printing Tshirt", apa pulak kena mengenanya? 


Jawapannya sangat mudah. Izinkan saya menerangkanya dengan lebih lanjut. Sebagai contoh, katakan anda mahu belajar perniagaan printing tshirt dari Mentor 'A', kemudian anda merancang untuk memasarkan T-shirt anda secara online, Cuba anda fikirkan sejenak, adakah Mentor 'A' sangat mahir dalam bidang-bidang pemasaran On-line dan sebagainya?  Mungkin 'Ya' dan mungkin juga 'Tidak'. Mentor A mungkin merupakan pakar dalam bidang percetakan silkscreen selama lebih 15 tahun, Ini tidak bermakna beliau juga pakar dalam perniagaan online pada masa yang sama.



Jadi apa yang perlu saya buat? 

Cari mentor yang mampu membimbing anda untuk meningkatkan perniagaan anda dalam bidang pemasaran percetakan pakaian secara Online. Baiklah ini ada  satu lagi contoh lain yang agak mudah, katakan pengurusan akaun perniagaan Printing Tshirt anda agak lemah, jadi apa yang anda perlu lakukan adalah mencari mentor yang berpengalaman dalam bidang pengurusan Akaun. Cuba bayangkan, apakah yang akan berlaku sekiranya perniagaan anda “Meletup” dengan pantas tetapi anda gagal menguruskan akaun? Tidakkah ini akan menghuru-hara perniagaan anda dan kebarangkalian untuk perniagaan anda gagal adalah sangat tinggi. Tidak perlu “Lokek” dalam mencari ilmu belajar. Bak kata Tok guru saya;

 “Harga yang perlu dibayar untuk sebuah kegagalan itu terlalu mahal untuk ditanggung”.

Apa yang saya faham dengan kata-kata beliau adalah, apabila kita tidak berguru dengan betul, anda mungkin akan melangar dinding berkali-kali dan akhirnya kemungkinan cita –cita anda akan terkubur begitu saja kerana ketiadaan ilmu yang betul. Keadaan ini boleh berlaku sebaliknya apabila anda belajar dari mentor atau guru yang betul. Kebarangkalian untuk anda melangar dinding adalah tipis. Ini adalah kerana mentor atau guru yang bagus biasanya akan sentiasa membatu anda dengan nasihat dan tip-tip berguna untuk dijadikan panduan agar tidak tersalah jalan.




Apa yang anda boleh lakukan sekarang adalah mengenalpasti kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri anda, kemudian cari mentor yang betul. Belajar dan teruslah belajar tanpa jemu. Belajarlah dari Mentor yang memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing. Apabila anda belajar dari mentor yang “Sebenar” maka anda dapati sangat banyak pekara asas yang telah kita abaikan selama ini. “Jadilah seperti gelas kosong”

21 Oktober 2013

[JENIS-JENIS KAIN UNTUK T-SHIRT-Panduan Memilih Kain ]

Terdapat pelbagai jenis kain yang popular atau biasa digunakan di dalam industri pembuatan Tshirt. Dengan kemajuan teknologi seka.ang ini, terdapat pelbagai pilihan bagi memenuhi keperluan pelanggan. Berdasarkan pengalaman, lebih 70% pelanggan yang datang ke Tprintrepublic tidak tahu jenis kain yang hendak dipilih. Adalah menjadi tanggung jawab sosial kami untuk berkongsi maklumat asas berkaitan pekara ini.

Semoga sedikit maklumat atau " Panduan Memilih Kain" ini bolen menjadi panduan yang berguna untuk memilih fabrik yang bersesuaian.

Antara yang menjadi persoalan utama adalah berkaitan dengan harga yang berbeza-beza antara jenis pakaian. Jenis kain akan menentukan keselesaan dan kepuasan kepada si pemakai. Selain itu, pelanggan perlu tahu bahawa harga kain untuk membuat Tshirt juga bergantung kepada harga bahan mentah dipasaran. Pelanggan seharusnya diberikan garis Panduan memilih Kain mengikut kesesuaian bajet dan keperluan.


Persoalan lain yang biasa ditimbulkan oleh pelangan kepada kami adalah kenapa kualiti kain berbeza walaupun ia dari material yang sama sebagai contoh “Cotton”. Ia bergantung kepada dari negara mana bahan tersebut dibuat. Kualiti Cotton dari Negara China, India dan Bangladesh adalah berbeza. Jadi adalah tidak pelik sekiranya harga dan ketahanan t-shirt Cotton dari setiap pengeluar adalah berbeza juga.


Pemilihan jenis kain yang betul akan menghasilkan kualiti printing dan sulaman yang lebih baik. Sebelum membuat keputusan untuk membuat tempahan Tshirt, adalah lebih baik pelangan berbincang jenis kain dengan syarikat printing terlebih dahulu yang mana hasilnya adalah “ Win-Win Situation”.


Antara jenis kain yang biasa digunakan dalam pasaran adalah; 

· CVC 40 Double Interlock
· CVC Honey Comb
· CVC Honeycomb Lacoste
· CVC Wafer
· CVC Lacoste
· TC 26
· TC 30
· Fully Comb Woven Collar
· Cotton Round Neck
· 100% Cotton Mini Twill
· 100% Cotton Tubular
· Double Interlock
· 100% Interlock Vertical Line with Jacquard
· Micro Fibre


Terdapat 5 jenis kain yang popular di Malaysia dalam industri pembuatan pakaian;

1. Tetra Cotton (TC 26)
Kain jenis ini biasanya untuk customer yang bajet rendah. Namun kain ini amat luas digunakan sperti baju muslimah, t-shirt tadika, t-shirt sekolah, hari sukan atau hari keluarga. Kain jenis ini bukan 100% cotton dan kurang meresap peluh. Walau bagaimanapun kain jenis ini biasanya akan tahan lama kerana susah untuk scretch ( mengembang).

2. Cotton 100%
Kain jenis ini pula, adalah kain yang mendapat sambutan paling menggalakan kerana ianya meresap peluh dan selesa dipakai pada bila-bila masa. Kain ini sangat lembut tetapi masalah yang biasa pada kain ini adalah ianya cepat mengembang (stretch/shrinkage).






3. CVC/PK/Lacoste
Kain jenis ini adalah campuran antara polyster dan cotton. Kain ini kurang meresap peluh tetapi lebih lembut dari kain TC (Tetra Cotton). Kain jenis ini biasanya untuk baju berkolar sahaja. Kain Lacoste amat sesuai dijadikan t-shirt formal.




4. Micro Fibre
Kain jenis ini amat selesa dipakai dan kebiasaannya digunakan untuk hari sukan serta aktiviti luar. Kain ini tidak meresap peluh dan cepat kering. Kain ini lebih mahal dari kain TC, lacoste dan juga Cotton.

5. Cotton Interlock
Ia  memiliki kualiti yang tinggi dan memberikan keselesaan kepada sipemakai. Kain ini lebih tebal, lembut tetapi tidak panas dan harganya sedikit mahal. Biasanya menjadi pilihan pelanggan yang tidak berkira tentang harga dan mementingkan keselesaan serta kualiti.

Panduan tambahan untuk memilih jenis kain dan kegunaanya;

UNIFORM / BAJU F1
Viscose cotton, Trill comb cotton, Polyester CVC, Lacoste poly soft t/c, Oxford t/c yarn, Dyed linen

LAB COAT: 100% Polyester

EXCEKUTIF JACKET: HI Twist Thick Micro Fiber

CEO JACKET: HI Twist (Mafela)

OVERALL & APPRON, CHEF UNIFORM: TC Drill

Semoga perkongsian mengenai Panduan Memilih Kain diatas dapat membantu anda.


Mungkin Anda Berminat Untuk Mendapatkan:
Tshirt I Am Murah
T-shirt-murah RM9.90

06 Oktober 2013

[FONT STYLE-Tulisan Cantik]

Hai Semua…syukur dapat dapat bertemu anda lagi disini…Sejak akhir-akhir ini kami menerima email pertanyaan dari customer berkaitan dengan pemilihan Font. Adakah pemilihan tulisan menjadi masalah kepada anda juga ketika memilih jenis tulisan yang sesuai untuk T-shirt anda ? Kenapa ? Ya..pemilihan tulisan amat penting kerana ia memberi impak yang besar keatas si pemakai ? 
Kepada yang nak buat tempahan T-Shirt, pastu tak ada idea nak  buat tulisan camane, boleh buat pilih jenis tulisan kat dibawah ni, pastu bagitahu kami nak tulisan mana. Contoh Cartoon atau Cracked dan sebagainya..

Kalau takada yang  berkenan gak tulisan bawah ni , klik website kat bawah, pastu emelkan saya jenis tulisan yang berkenan dihajati. Kat sini terdapat lebih 1000  jenis tulisan yang kita boleh download Percuma !!!. Senang cakap boleh sampai mabuklah nak pilih….


SEBARANG PERTANYAAN @ INQUIRE  BOLEHLAH DI EMAILKAN KEPADA KAMI di:  tprintrepublic@gmail.com .

KALAU URGENT sangat-sangat tu boleh terus Call/SMS/WhatApps/LINE 019-7209432.

05 Oktober 2013

[PROMOTIONAL GIFT-Cenderahati Syarikat]


Mengikut kajian lebih 90% manusia suka untuk menerima hadiah @ Cenderahati..tak kiralah berapa harganya walaupun cuma sebatang pen, Betulkan? Tetapi pernahkah kita terfikir bagaimana pemberian hadiah @ cenderahati ini mempengaruhi hubungan antara pelanggan dengan syarikat?







Kalau kita buat iklan, contoh guna flyer.. mungkin pelanggan kita cuma ingat Seminggu lepas tu mereka lupa sebab flyer to dah kena buang, betul tak? 
Kalau kita tengok di TV,sesetengah iklan tu diulang bekali-kali dalam sehari supaya brand mereka masuk dalam minda Kita, tapi..berapa Puluh Ribu pulak kos yang dikeluarkan...mungkin kita tak sanggup sbb tak berbaloi berbanding dengan pendapatan kita perniagaan kita,




Bagai mana kita nak supaya pelanggan kita sentiasa ingat atau engage dengan kita dengan modal yang murah dan mudah? Ye mungkin ada yang sudah dapat menjangka. Tapi bagaimana pulak pemberian hadiah @ cenderahati moleh mempengaruhi hubungan antara pelanggan dengan syarikat?




Semua ini akan terjawab sekiranya anda menonton Klip video ini....





SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLAH DI EMAILKAN KEPADA KAMI di:  tprintrepublic@gmail.com .


KALAU URGENT sangat-sangat tu boleh terus Call/SMS/WhatApps/LINE 019-7209432.



04 Oktober 2013

[ [ 19# Tip Perniagaan Percetakan "T-Shirt" -Bisnes Cetak Baju]


Tip # 1. Lakukan penyelidikan.


Sebelum anda menerjah masuk ke bisnes cetak baju ini, dapatkan maklumat yang betul bagaimana perniagaan ini berfungsi. Buat sedikit kajian bagaimana peneraju industri ini memulakan perniagaan sehingga berjaya, dan apakah model strategi yang digunakan? Berapa banyak keuntungan yang anda buat bergantung kepada tindakan anda. Selain itu, anda perlu mengambil kira faktor kos asas & upah kerja. Apabila anda telah menetetapkan harga, anda boleh mengetahui keuntungan yang bakal anda perolehi. Ramai diantara mereka diluar sana telah dan memperolehi pendapatan “5” angka hanya dengan bemodalkan RM “0”.





Tip # 2. Merancang.


Sebelum anda mulakan "bisnes cetak baju" ni, pastikan anda mempunyai matlamat yang sangat jelas tentang apa yang yang ingin di capai. Buat keputuskan tepat berkaitan perkara-perkara seperti jenis t -shirt atau produk yang anda ingin tumpukan pada peringkat permulaan. Sekiranya tidak jelas, cuba dapatkan bantuan nasihat dari mereka yang telah berjaya dalam “Bisnes cetak baju"ini. “Determination perniagaan anda mesti jelas. Kemudian Tanya diri anda tentang beberapa pekara iaitu; Apakah pasaran sasaran anda? Adakah pasarkan secara “On Line” atau anda memilih untuk menjualnya “Off Line” atau kedu-duanya sekali? Apakah rancangan strategi pemasaran yang mudah dan murah? Apakah kaedah pengiklanan yang dipilih itu percuma dan berbayar? Pekara Ini semua boleh meletakan jenama anda di hadapan dan menembusi pasaran sasaran. Rancang pelan perniagaan yang praktikal untuk digunakan sebagai garis panduan untuk operasi syarikat. Sebagai permulaan, kenal pasti nilai-nilai jenama anda, misi, objektif, strategi, matlamat, dan visi jangka panjang. Sebaik-baiknya gunakan “Timeline Chart” bagi memantau perkemembangan rancangan anda. Ia merupakan “Road Map” kepada bisnes cetak baju anda. “Orang yang gagal merancang, selalunya akan gagal”.


Nantikan tip-tip yang seterusnya...dari kami pada post yang akan datang. Sebarang pertanyaan dan bantuan  tprintrepublic@gmail.com . KALAU URGENT sangat-sangat tu boleh terus Call/SMS/WhatApps/LINE 019-7209432 . Kami bersedia membantu anda dan memberikan khidmat nasihat secara "PERCUMA"

02 Oktober 2013

[19 # Tip Perniagan Percetakan Tshirt - Printing Baju ]

Diam tak diam kita telah memasuki bulan Oktober 2013. Industri Pakaian di Malaysia semakin rancak. Tak kisah lah apa-apa jenis pakaian sekalipun. Industri pakaian ini sentiasa mendapat sambutan yang tak putus-putus. Ia seolah-olah pada masa kini semua orang nak menjual t-shirt, dan jika anda tidak bermula sekarang pun, mungkin akan datang. Sebelum anda terjun ke dalam perniagaan t-shirt, anda perlu mempelajari beberapa langkah penting, supaya perniagaan berada di landasan yang betul. Kami di Tprintrepublic telah merebut peluang dalam perniagaan printing baju dan bersaing secara sihat. Di mana kita berada ketika ini tidak penting, tetapi ke mana arah kita nak tuju dan berapa cepat untuk mencapainya itu sangat penting. Kepakaran Tprintrepublic adalah membantu orang ramai, pertubuhan, organisasi, persatuan, kelab, pelajar sekolah dan IPT untuk menyelesaikan masalah mereka bagi mendapatkan T-Shirt, Uniform, Hadiah Korporat, Produk Promosi pada Kualiti Premium dan harga yang kompetitif melalui kaedah "Silk Screen", Sulaman dan "Heat Tranfer". 


Kami ditprint republic telah mengenal pasti tips-tips yang hebat dan telah terbukti berkesan untuk membuatkan perniagaan Printing Baju  anda boleh meledak dengan PANTAS !!!


Kami mengenalpasti banyak pekara yang perlu diambil kira sebelum anda terjun dalam industri  ini untuk mengurangkan risiko kerugian pada peringkat awal perniagaan. Jangan berputus asa apabila  melihat jumlah tempahan printing baju yang kurang memberasangkan. Tingkatkan kreativiti reka bentuk (Design) produk anda, strategi pemasaran anda dan cara anda berkerja "Try & Adjust" dan bukannya "Try & Error". Jangan mudah berputus asa kerana Orang yang berputus asa tidak akan pernah berjaya. Dapatkan maklumat, buku motivasi, kelas dan seminar untuk mengekalkan motivasi anda. Lawati laman web atau  blog yang berkaitan dengan industri pakaian dan cenderahati. Anda pasti boleh belajar sesuatu dari mereka, Ia bertujuan sebagai penanda aras "Benchmark" kedudukan anda sekarang dan mencari cara bagaimana anda mahu lebih menonjol pada beberapa tahun akan datang . Buat analisis pelan perniagaan "Printing baju" anda, lakukan usaha-usaha promosi dan strategi penjenamaan yang tepat dan berkesan. Fikirkankan bagaimana anda boleh menjadi lebih baik berbanding persaing dan bagaimana untuk tingkatkan daya saing anda secara sihat sebagai contohnya anda boleh berkolaborasi dengan pesaing anda dalam beberapa pekara bagi meledakan perniagaan dan mengurangkan kos operasi.





Opss...Nantikan untuk tip-tips yang seterusnya...dari kami pada post yang akan datang. Sebarang pertanyaan dan bantuan  tprintrepublic@gmail.com . KALAU URGENT sangat-sangat tu boleh terus Call/SMS/WhatApps/LINE 019-7209432  . Kami bersedia membantu anda dan memberikan khidmat nasihat secara "PERCUMA"